Wednesday, August 3, 2011

: Saya Malu La :



uishhh..
banyak betul sawang di laman sesawang aku ni..
name pon laman sesawang kan?
ofkos la banyak sawang nye..
hahahaha.. stop mengarut..

actually takde benda nak cerita..
tulis ni sebab encik tunang bertanya kenapa tak update blog.
ade peminat rupenye blog aku ni..

so disebabkan dia yang bertanya, so entry ni nak cerita pasal dia..
takde lah menarik sangat tapi saje nak kasi encik tunang bace..

sebelum2 ni perasaan malu pada encik tunang macam biase2 je..
even ade salah cakap ke, salah perbuatan ke, malu memang ade..
tapi....................................................

tak semalu perasaan aku bile dia menyebut
"......................... BAKAL ISTERI ABANG ..........."

yang ade "..........................." tu aku tak ingat dia cakap ape.
tapi paling aku ingat those 3 words.
alahai.. kenapa entah terasa malu pada diri sendiri, malu pada encik tunang timbul,
walaupon encik tunang tiada berada di depan mate mase tu.

tapi aku nak dengar lagi dia menyebut macam tu..
hummmm.. tunggu la pulak bile dia berkeinginan untuk menyebut macam tu..
dia tak akan nak nye sebab dia takot aku terawang2, terangau2..
hahahaha...

tu je lah.. harap u suke ye sayang i dah tulis entry ni.. uhuhu


p/s: another 30 days.. yuhuuu... tapi barang2 hantaran semua belum hias lagi.. hurmmmm..





p/s : hari tu ade member tanya "sofiea, berdebar2 tak nak tunggu hari kawen?"
jawapan aku : "setakat ni takde debar lagi.. tak tau la bile sehari sebelum kawen pulak nanti ke kan. tapi dari hari tu dalam otak ni dok fikir macam mane nasib aku waktu first nite bermalam di rumah mak mertua ye. sangat merisaukan...."

Friday, July 22, 2011

:: Jemputan.. Jemputan.. ::




kad kami dah siap..
huhu..
bukan nak menunjuk kad ye..
tapi nak inform sesapa yang nak kad saya, boleh la drop comment & tinggalkn alamat




p/s:
lame gile tak menulis blog. kesibukan si tempat kerja & berukben yang tiada, menghalang saya untuk melawat blog2 dan menjengah blog sendiri.. dan alasan terutama sebab kekeringan idea.. (sofieatul ain memang sentiasa kekeringan idea ye.. tak tahu ape sebab rajin nak mewujudkan blog)


Saturday, June 25, 2011


kenapa keadaan ini terjadi pada diri aku?
kenapa aku harus menerima semua ini?

Ya Allah Ya Tuhanku..
Kuatkan hati serta teguhkanlah imanku, Ya Allah

Friday, June 10, 2011

: 4 years of black and white :



selamat hari ulangtahun percintaan kite, sayang.
4 tahun dah bersama.
selama itu juga rase sayang b untuk abang tak pernah berubah @ berkurang.
b harap semoga perjalanan kehidupan kite untuk bersama berjalan lancar & kebahagiaan akan menjadi milik kite.


2 september 2011 bakal menjadi hari bersejarah kite, InsyaAllah..

...B SAYANG ABANG...

Saturday, June 4, 2011

















Ya Allah ya Tuhanku, kau kuatkanlah dan perteguhkanlah jodoh kami berdua, Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan perkahwinan kami, Ya Allah. Simpulkanlah hati kami agar kami kekal bersatu membina sebuah keluarga yang bahagia dan diredhaimu, Ya Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin...

Tuesday, May 24, 2011

: 100!! :



wahh.. seratus hari lagi untuk ke hari bersejarah kami.
persiapan setakat ni alhamdulillah berjalan lancar walaupon ade 'halangan'.
baju nikah sudah selesai ditempah. tinggal tunggu bajunye siap & cube fitting. menurut kak intan, pertengahan june insyaAllah dah siap. tak sabar nak tengok ape hasilnye. tapi tak sabar aku ni, encik tunang lagi tak sabar kot. dia cerita malam yang lepas kitorang pergi ukur baju nikah tu, dia mimpi dia menikah dengan pakai baju yang kitorang tempah tu. huhu.

pakej untuk bersanding juga sudah selesai dibook untuk disewa. kitorang memilih Andaman Pesona Anggun Kak Aini yang dekat dengan restoran sate samuri senawang tu. sebabnye ape yang diorang offer, boleh memuaskan hati kitorang. nak sewa pelamin panel, no extra charge (bukan macam ade 1 bridal house yang kitorang pergi tu, kalo nak pelamin panel, kena extra charge RM1000. bukan SERATUS okeyh!! SERIBU!!). pastu boleh customize pelamin yang macam mane & one more important thing, saya akan dapat baju baru. saya suke part ni sebab saya akan merasminkan baju merah-hitam tersebut. camane agaknye rupe saya? dan harga pakej dia pon berbaloi. very affordable. masih dalam range budget kitorang.

untuk official photographer pulak, kitorang decide nak hire Din bin Aziz. actually dari last year lagi dah survey2 photographer ni, cume disebabkan tarikh tak confirm lagi, so tak la nak book dia. tapi alhamdulillah, tarikh kami kahwin, belum ade orang book dia lagi. kalo nak tengok hasil kerja dia, sila search di facebook "Din Bin Aziz".

barang2 hantaran pula camane? fuuuhhhhh.. kitorang dah boleh menarik nafas lega sebab almost done. tinggal yang remeh2, kecik2 je blom beli macam kek, coklat & buah. benda2 ni mesti beli bile nak dekat majlis nanti kan.. cakap pasal barang hantaran ni, kitorang merayau dari KL sampai melaka untuk memenuhi kehendak masing2.
I ask you all one question.
antara SOGO dan JAYA JUSCO mana pilihan hati korang?
pilihan kitorang.....
JAYA JUSCO!!
sangat berbaloi2 kalo pergi hari j-card day. rase puas hati sangat. kitorang macam shoping tak hengat dunia hari tu. siap encik tunang tanya "betul ke kite shoping ni yang? macam orang gile je yang shoping" huhu...


setakat ni je la dulu. tetibe idea kering. sebab tengok muke encik tunang yang tension dengan kerja beliau. sampai aku pon nak jadi tension.

~till meet again~


Sunday, May 1, 2011

: urusan perkahwinan :


alhamdulillah.. 1 main issue dah selesai. baju nikah dah siap ditempah dan fully paid. tunggu baju siap je. harap2 ianya lawa & sesuai dengan aku. punye la lame mencari & survey kain baju nikah, almost 2 weeks jugak la, but at last just pergi jumpe kak intan kat BTS & then mintak dia carikan kain & upah jahit terus kat dia. senang! habis cerita, tak perlu pening2 kepala. material kain yang dia beli, lagi bagus dari yang aku survey2 kat jalan TAR tu. good job kak intan.

next perlu hunting bridal house. semalam dah pergi 2 bridal house kat senawang. astana cinta @ citra classic. both shops ni dok sebelah2 je. so senang nak pergi. before nak pergi sane,aku macam dah berminat untuk pilih astana cinta sebab tengok dari dalam blog dia, macam lawa je pelamin & baju dia pon lawa. harga kalo ikut dalam list dia kire affordable la. tapi kalo nak pelamin panel, kena tambah RM1000.. wow.. idok ler teman nak memilihnyer.. so aku & tunang terpaksa mereject untuk memilih astana cinta ni.

masuk citra classic pulak, harga dia yang dalam list tu lebih kurang astana cinta. TAPI diorang takde bezakan harga pelamin panel @ pelamin kain jurai2 tu. so we are satisfy. kerusi dia pon boleh pilih without any additional charge. so kire ok la kan. jadi kami telah meletakkan citra classic ni dalam list kami.

esok aku kena menggerakkan diri ke seremban semula untuk bridal house hunting again. ade beberapa bridal house nak pegi.

so....
see u all soon with another story.

** actually kak intan tu pon owner bridal house di bandar tasik selatan. name butik dia butik perkahwinan masza. location area desa tasik. PRdia baik, kak intan sangat peramah. kami sangat suke dengan kak intan. insyaAllah aku akan dapatkan treatment2 kat tempat dia jugak. huhuhu..

Saturday, April 23, 2011

: Persoalan :


lace @ chiffon beaded?
kebaya @ kurung moden?





~ catering parents yg uruskan. fotografer dh book tarikh tp x bg deposit lg. consider both things almost done~


fotografer dah ade, baju & pelamin takde lagi. bagus kan?? plus honeymoon sponsor dah ade.. lagi bagus kan??


Saturday, April 16, 2011

:2 perkara settled! :


Alhamdulillah..
2 perkara telah settle..
1- spectacles
2- tarikh kahwin

2 hari lepas lepas habis kerja, terus gerak ke sg besi. encik tunang kate nak berjalan ke uptown yang dekat the mines. tapi disebabkan keluar office pukul 5.45pm, encik tunang keluar kerja pukul 6.15pm, kena tunggu encik tunang datang ke LRT sg besi pulak sebab jalan jam dan masih awal untuk ke uptown tersebut kerana uptown tu start dalam pukul 9pm, maka kami menggerakkan diri masuk ke the mines. niat asal hari tu adalah ingin mencari sandal bagi menggantikan sandal yang sudah lama-buruk-tunggumaseuntukdibuang dan blazer untuk kegunaan dalam ofis. bile dah masuk the mines je, terus terjah masuk dari 1 kedai kasut ke 1 kedai kasut. at last ke esarli jugak kite. huhu. dapat ler sepasang. lepas dah dapat sandal baru, saje je jejalan dalam the mines. nampak kedai-kedai spek mate. nak survey harga transition lense. disebabkan sekarang adalah pertengahan bulan, maka kami hanya boleh survey je. dah masuk 1 kedai. kedai tu memang takde diskaun untuk transition lense. dia ikut harge dalam katalog tu. ok. dah tanya. so sambung berjalan. selang 2 buah kedai, ade 1 lagi kedai spek. MOG. masuk kedai ni, tanya pasal transition lense. dorang memang tengah buat promotion sempena GP ape ntah, yang F1 tu. harga transition lense dia jauh berbeza dengan kedai yang 1st td. saya & encik tunang berbelah bagi nak buat ke taknak sebab tarikh akhir promotion dia tinggal sehari je. at last encik tunang sanggup mengofferkan diri mengorbankan duit. huhu.

TERIMA KASIH SAYANG.

gambar dengan spek baru, will update later ye.

ok. selesai 1 perkara.
semalam aku pulang ke senawang sebab parents pulang ke senawang. bagi menjimatkan tenaga serta kos perjalanan, maka saya pulang dengan encik tunang. seperti biaselah, haruslah saya menggerakkan diri sendiri ke sg besi then encik tunang akan pick up saya di sana. kami pergi ke the mines semula untuk ambil spek yang telah ditempah semalamnyer. sesudah menikmati KFC & having some discussions with encik tunang, kami gerak pulang ke senawang.

ok. 2nd story, alhamdulillah. tarikh perkahwinan kami telah dicapai dan dipersetujui. tak sampai 10 minit masuk rumah, ayah berkata "ain, ko dah cakap kat zahari pasal tarikh kahwin tu?". dalam hatiku, "wahhhhhh......" gitu je.. hehe. alhamdulillah syukur. so dapat je gaji nanti, leh start keluar masuk shopping mall, butik pengantin dan lain-lain la, termasuk la mendaftarkan diri untuk kursus kahwin..

I tak pergi kursus kahwin lagi k!

bye!

Sunday, April 10, 2011


sesabar manakah aku?
sekuat manakah aku?
setabah manakah aku?