Showing posts with label meal shakes. Show all posts
Showing posts with label meal shakes. Show all posts

Wednesday, December 3, 2014

ANAK ANDA PELAT?

Bismillah...
Assalamualaikum...

Semasa anak-anak baru nak mula belajar bercakap, mereka mengeluarkan bunyi sahaja. Lama kelamaan bunyi itu disertai dengan intonasi suara.
Dari intonasi itulah maka para ibu dapat memahami kehendak anak mereka, sama ada anak itu sakit, marah, manja atau gembira.

Apabila usia menginjak kepada 2 tahun, perkataan yang disebut semakin bertambah. Namun kebanyakkannya hanya ‘hujung-hujung’ saja. Contohnya ‘makan’ disebut ‘kan’ dan ‘mandi’ disebut ‘ndi’ saja.
Semakin umur meningkat, kemahiran mendengar juga semakin maju. Anak-anak mula sedar bahawa wujud ‘sukukata’. Maka sebutan perkataan ditambah bunyi ‘a’ di hadapan. Contohnya ‘tangan’ disebut ‘angan’ dan ‘kunci’ disebut ‘aci’.
Bunyi-bunyi bibir seperti ‘m, b, p’ adalah lebih mudah untuk disebut berbanding bunyi belakang seperti ‘k,g’.

Oleh sebab itu, kebanyakkan kanak-kanak menukar bunyi ‘k’ kepada ‘t’. Perkataan ‘kakak’ disebut ‘tatak’ atau perkataan ‘pokok’ disebut ‘potok’.
Selain itu, kanak-kanak juga sering menghilangkan bunyi konsonan pertama dalam perkataan. Contohnya perkataan ‘rumah’ disebut ‘umah’, perkataan ‘sikat’ disebut ‘ikat’.
Semua jenis pelat yang dinyatakan di atas adalah antara proses kanak-kanak belajar untuk bercakap, sebelum menjadi penutur mahir.
Proses ini juga dipanggil proses fonologi. Ianya hanyalah suatu proses perkembangan dan bukanlah suatu masalah kecelaruan pertuturan.
Namun, ia adalah MASALAH sekiranya telah masuk usia 4 tahun dan masih bercakap pelat hingga SUKAR DIFAHAMI.

Masalah pelat kanak-kanak boleh terjadi atas beberapa sebab:
1) masalah pendengaran.
2) masalah lidah terlekat (tongue tie).
3) masalah lewat perkembangan bahasa.
4) masalah sumbing (cleft lip palate)
5) sindrome tertentu yang berkaitan dengan kelainan saiz lidah dan rahang.
6) masalah tumpuan.

Tahukah anda?
- ada kanak-kanak yang bercakap pelat, tapi begitu yakin dengan sebutannya dan berasa dirinya betul.
Kemahiran ini berkaitan dengan kesedaran diri atau ‘self awareness’.
Kadang kala, kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan betul apabila kita suruh dia ikut sebut. Tapi apabila dia cakap spontan, ia menjadi pelat semula.

image
Cuba anda bermain perkataan ‘hampir sama tapi berbeza’ dengan anak anda.
- topi @ kopi
– mangga @ tangga
– batu @ satu
– kaki @ daki
– susu @ sudu

Selamat mencuba.


 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Thursday, May 1, 2014

SARAPAN ENAK DAN BERKHASIAT UNTUK SI MANJA




Satu kajian dijalankan antara hubungan bersarapan pagi dengan pencapaian di sekolah. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik didalam mata pelajaran matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan.

BAGAIMANAKAH PENGAMBILAN SARAPAN PAGI MEMBERI KESAN KEPADA PENCAPAIAN KANAK-KANAK DI SEKOLAH SECARA KESELURUHANNYA?

  • Memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan.
  • Menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai.
  • Membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat.
  • Meningkatkan pencapaian berfikir
  • Menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah.
  • Membantu mereka untuk tidak "berkhayal" semasa di dalam kelas
  • Membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah
Wah!!! Semestinya kita mahu berikan yang terbaik buat anak tersayang. Jadi menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan ayah untuk memastikan anak-anak mengambil sarapan pagi yang berkhasiat sebelum keluar rumah untuk ke sekolah.
Dengan tabiat anak yang sering bangun lewat, berkejaran dan tergopoh-gapah dipagi hari, anak-anak selalunya tidak punya waktu yang cukup untuk duduk diam menikmati sarapan pagi mereka sebelum ke sekolah. Sebab itulah mereka memerlukan pilihan makanan yang bukan hanya segera tetapi juga berkhasiat untuk mereka seperti MEALSHAKES yang rendah lemak dan rendah gula.

MEALSHAKES - MAKANAN SEGERA, TANPA WAS-WAS



MealShakes mempunyai rasa yang hebat, pek minuman extra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain. MealShakes menawarkan 19 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat. Ia merupakan nutrien asas untuk tumbesaran anak-anak dan remaja yang sedang membesar untuk kekal kuat dan sihat. 



 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Saturday, June 8, 2013

Promosi sempena Ramadhan yang bakal menjelma

Masing-masing sudah bersedia untuk bertemu dengan bulan Ramadhan? mari persiapkan diri dan famili dengan set Shaklee yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Meal Shakes dan Performance drink.
InsyaAllah kita mampu mengharungi hari-hari di bulan Ramadhan dengan penuh tenaga dan tiada keletihan.