Siapa yang dapat elakkan diri dari berhutang? Lebih-lebih lagi apabila sudah berkeluarga, begitu banyak sekali keperluan yang perlu dipenuhi dan di isi bagi memastikan keluarga kita tidak merasa kekurangan.
Bagi keluarga yang tidak terperangkap dalam belenggu hutang, itu adalah sesuatu yang sangat baik. Teruskan amalan positif dan tetapkan keperluan kewangan keluarga anda secara teratur. Antara tip untuk anda sekeluarga ialah:
  • Buatlah bajet untuk diikuti oleh semua ahli keluarga dengan displin
  • Mulakanlah tabungan walaupun kecil, tetapi secara berterusan untuk masa depan anda-tetapkan matlamat tabungan.
  • Cuba catat setiap perbelanjaan anda walaupun kecil dan pantaulah aliran wang tunai anda sekurang-kurangnya untuk sebulan dan insya-Allah anda akan dapati ‘bocoran’ yang wujud dalam aliran wang tunai anda.
  • Hentikan penggunaan kad kredit untuk sebulan dua dan rasakan perbezaannya.
  • Bayar lebih dari jumlah minimum yang dituntut oleh syarikat kad kredit dan anda akan bebas hutang lebih cepat.
  • Jika mendapat kenaikan atau bonus, tabungkan kesemuanya.
  • Jangan berbelanja berlebihan-ikut kaedah pilihan antara perlu atau mahu.
  • Pastikan aliran wang keluar tidak melebihi wang masuk!
  • Jangan terpedaya dengan mana-mana skim cepat kaya.
  • Jangan melabur selagi anda tidak memahami produk kewangan berkenaan.
  • Jadi sama-samalah kita panjatkan doa kepada Allah SWT supaya kita tidak diberi beban lebih daripada yang sanggup kita tanggung dan sentiasa yakin lagi bersangka baik dengan Allah untuk diberi kelapangan dan memurahkan rezeki kita.