Wednesday, December 3, 2014

ANAK ANDA PELAT?

Bismillah...
Assalamualaikum...

Semasa anak-anak baru nak mula belajar bercakap, mereka mengeluarkan bunyi sahaja. Lama kelamaan bunyi itu disertai dengan intonasi suara.
Dari intonasi itulah maka para ibu dapat memahami kehendak anak mereka, sama ada anak itu sakit, marah, manja atau gembira.

Apabila usia menginjak kepada 2 tahun, perkataan yang disebut semakin bertambah. Namun kebanyakkannya hanya ‘hujung-hujung’ saja. Contohnya ‘makan’ disebut ‘kan’ dan ‘mandi’ disebut ‘ndi’ saja.
Semakin umur meningkat, kemahiran mendengar juga semakin maju. Anak-anak mula sedar bahawa wujud ‘sukukata’. Maka sebutan perkataan ditambah bunyi ‘a’ di hadapan. Contohnya ‘tangan’ disebut ‘angan’ dan ‘kunci’ disebut ‘aci’.
Bunyi-bunyi bibir seperti ‘m, b, p’ adalah lebih mudah untuk disebut berbanding bunyi belakang seperti ‘k,g’.

Oleh sebab itu, kebanyakkan kanak-kanak menukar bunyi ‘k’ kepada ‘t’. Perkataan ‘kakak’ disebut ‘tatak’ atau perkataan ‘pokok’ disebut ‘potok’.
Selain itu, kanak-kanak juga sering menghilangkan bunyi konsonan pertama dalam perkataan. Contohnya perkataan ‘rumah’ disebut ‘umah’, perkataan ‘sikat’ disebut ‘ikat’.
Semua jenis pelat yang dinyatakan di atas adalah antara proses kanak-kanak belajar untuk bercakap, sebelum menjadi penutur mahir.
Proses ini juga dipanggil proses fonologi. Ianya hanyalah suatu proses perkembangan dan bukanlah suatu masalah kecelaruan pertuturan.
Namun, ia adalah MASALAH sekiranya telah masuk usia 4 tahun dan masih bercakap pelat hingga SUKAR DIFAHAMI.

Masalah pelat kanak-kanak boleh terjadi atas beberapa sebab:
1) masalah pendengaran.
2) masalah lidah terlekat (tongue tie).
3) masalah lewat perkembangan bahasa.
4) masalah sumbing (cleft lip palate)
5) sindrome tertentu yang berkaitan dengan kelainan saiz lidah dan rahang.
6) masalah tumpuan.

Tahukah anda?
- ada kanak-kanak yang bercakap pelat, tapi begitu yakin dengan sebutannya dan berasa dirinya betul.
Kemahiran ini berkaitan dengan kesedaran diri atau ‘self awareness’.
Kadang kala, kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan betul apabila kita suruh dia ikut sebut. Tapi apabila dia cakap spontan, ia menjadi pelat semula.

image
Cuba anda bermain perkataan ‘hampir sama tapi berbeza’ dengan anak anda.
- topi @ kopi
– mangga @ tangga
– batu @ satu
– kaki @ daki
– susu @ sudu

Selamat mencuba.


 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments: