Tuesday, June 29, 2010

: Hadiah = Durian :

[ durian 4 biji yang belum dikupas]


[ sebekas durian yang telah dikupas]
*actually ade 2 bekas. tapi ambil 1 je*


[ bekas yang tiada isinye. sebijik sebagai hiasan untuk bekas kosong tersebut]


[ pasangan bahagia penyeri laman blog ini]

korang ade ke pakwe baik, hensem dan romantik macam lelaki di atas ni?
mesti payah nak jumpe kn?
pakwe romantik ni kasi aku hadiah durian dan air kelapa sebagai hadiah birthday aku tahun ni.
pandai kan dia..
durian buah yang memanaskan badan.
air kelapa minuman yang menyejukkan badan.
so seimbang.



... AILEBIU SAYANG ...
~ gambar air kelapa terlupe amek.~
~ thank you so much sayang. ailebiu.~

Friday, June 25, 2010

Marimelaram,saya nak baju FREE dari Indonesia.

tetibe teringin nak join contest my ex-klasmet ni..
for more details, plz visit her blog.
http://marimelaram.blogspot.com/2010/05/contest-saya-nak-baju-free-dari.html

diz is ur compulsory pic.


diz is my pic dear.
aku nak mempertaruhkan pic ni sbb i like d way he looks at me on that time..
(huhu "mempertaruhkan" tu)



diz is d slogan for diz contest:
Marimelaram patut bagi saya baju kurung/kebaya Indonesia free kerana saya ingin kelihatan sangat comel, cantik dan menawan ketika hari pertunangan yang mungkin menjelma nanti. InsyaAllah...

**wish me luck.. untung2 dpt baju free**

: Petua Meredakan Perasaan Marah :




IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala ten teranya.”


Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:


1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.


Tuesday, June 22, 2010

Tuesday, June 15, 2010

: Syukur :

الحمد لله
syukur Alhamdulillah..
aku diberikan lagi kesempatan untuk bernafas di dunia ni..
dan alhamdulillah di atas segala kurniaan Nya pada diri ku..
huhu..
terasa jiwang sket..
tapi aku betul2 bersyukur..
alhamdulillah..
result exam yg aku perolehi masih boleh dibanggakan..
semoga segala urusan aku selepas ini akan berjalan dengan baik..


NEXT STEP!!
Time to go!
2nd Application!!!

Wednesday, June 9, 2010

: ........ :






semoga jodoh kami berpanjangan dan berkekalan sehingga ke alam perkahwinan dan hingga ke akhir hayat..
Amin..




Tuesday, June 8, 2010

: Happy 3rd Anniversary :


3 tahun bercinta.
pelbagai suka duka ditempuhi bersama.
u gembira, i pon gembira.
i gembira, u pon gembira.
u sedih, i pon sedih.
i sedih, u pon sedih.
u senang, i pon senang.
i senang, u pon senang.
u susah, i pon susah.
i susah, u pon susah.
i merajuk, u pujuk.
u merajuk, i pujuk.
dua2 merajuk, sama2 pujuk diri sendiri.
hahaha.

contohnye seperti ni la.
i dengan u sedang berdancing.
tetibe i terpelecok.
u offer i naik kaki u.
kunun2 nye u nak guide i berdancing la.
then tetibe u pulak nak terjatuh.
kite sesame terjatuh.
macam tu la cerita kite.
sama2 susah senang.
(ting!! i nak tanye u. u pandai ke dancing? i agak confuse ni. huhu)



thanks for loving me dear.
i love u so much
ZAHARI AFFANDI


Love is like a mustard seed;
planted by God
and watered by men

- Muda Saint Michael -


~entry ni terpaksa dipost awal atas sebab author tidak dapat online pada hari kejadian iaitu 10 jun 2010~

Friday, June 4, 2010

: Lagu Doraemon Baru :



sila nyanyi lagu di bawah mengikut versi lagu tema cerita kartun Doraemon
♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫
♪♫ ada seorang makwe ♫♪
♫♪ namanya sofiea ♪♫
♪♫ mukanya bulat-bulat ♫♪
♫♪ wajahnya sungguh comel ♪♫
♪♫ suka menggoda pakwe ♫♪
♫♪ pergi membeli belah ♪♫
♪♫ itulah dia makwe saya...... ♫♪
♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫

aku tak tahu plak since bile bf aku ni pandai cipta lirik..
hasil ciptaannye adalah seperti di atas..
nyanyi untuk aku malam tadi..
huhu..

Tuesday, June 1, 2010

: Ku Ada Kamu :

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu