Thursday, January 22, 2009

BERITA GEMBIRA!!

semalam (21.1.2009) ak dpt 3 p'khabaran gumbire (gumbire bg aku laa)...
1.) further study
2.) result praktikum
3.) balik kg

smlm wkt dlm klas ni, aku g mengecheck application MBA yg aku apply buln lpas kot.. msk web uum then amek page COB.. ade t'pampang name aku di situ..(kalo x caye cube try test tgk).. name aku ade dlm page COB da... hahah... pasan femes jap... last minute pnye application... tp dpt jgk.. Alhamdulillah... dr bachelor IT pegi ke MBA... agak2 menyimpang x? dr IT trus nun terjun ke bisnes stdy.. huhu.. giler ah otak aku.. MIXED!!! jd rojak dah... syukur laa dpt smbg.. tujuan aku smbg ni pon demi mase dpn gak.. but i think its more tu my parents wish.. ayah aku nk aku stdy smpi master.. so tu yg aku apply tu.. next mission dlm mase stdy ni aku nk keje gak.. cr duit beb.. loan xtau lpas ke x lg.. nk apply pon xleh lg sbb offer letter x dpt lg.. huhu.. tp ak br je call uumkl td.. org tu ckp offer letter da smpi..leh collect anytime.. xtau laa ble leh collect benda alah tu.. xtau nk g cmne... aritu g anta form pon merempit dgn pakcik tuh.. so xtau jln nye ktne.. urmmm.. malangnye jd org yg kna b'gntung pd org lain.. kete xde.. lesen lg xde.. =(
1 more td wkt call uumkl tu, org tu kate start klas 7 Feb & klasnye diadakn ari weekend je.. yuhuuuu... leh ar ak cr keje btol2.. tp maknenye ak xde ari cuti laa kn??? isnin-jumaat keje, sabtu n ahad g klas...wah fulllllllll... urmmm.. xpe laa.. korban cket.. demi mase depan yg gemilang... cewahhhh... cayalah sofieatul ain... =D

2nd story, smlm gak aku call dr kang.. my supervisor for the practical training.. tujuan aku cal juz nk tnye segala dokumen aku utk praktikal aritu da complete ke?? sbb aku kan sume anta asing2.. report n buku log dayah tlg antakn, borang2 lak ade aku pos n ade company pos.. so ak risau ade yg t'cicir.. then nk tau ape dr kang jwb ble ak call tu?? dia ckp cmni.. "Xpe.. sy dah isi semua markah trainee.. yg x complete ke da complete ke, it doesn't matter.. sy da selesaikn semuanya.. plg minima sy bg markah B+".. wahhhhhhhhhhh... terasa dunia ni aku yg punye...huhuhu... actually aku x kire sgt ak dpt praktikal gred ape.. tp at least gred C.. sbb dgn minimum gred C, ak dpt maintain cgpa aku dgn 3 pointer.. so ble dgr dr kang jwb gtu, ak rase lega banget.. tp xtau laa kalo tetibe result yg ak dpt nnt lain plak yg kuarnye kn.. redha je laa.. huhu... aku juz nk aku grad dgn title 2nd class upper graduate.. tu je... ~amin~

3rd story plak psl blik kampung.. smlm ayah aku call utk tnye psl stdy master tu.. then lpas da gtau ape yg patot, aku cube cari peluang utk meminta permission parents aku supaya aku leh pulang ke kg dgn naik kete.. "ape gune ade pakwe ade kete kn??" (huhuhu...jgn marah cyg).. then mak aku leh plak b'setuju.. wahahahaha... alhamdulillah.. jimat duit aku.. tp x sgka gak mak aku leh bg permission tu.. thanks mama.. dr ckp mak aku tu mcm mak aku da bg green light confirmation psl relation kami.. tp xtau laa kn.. maybe sbb aku da bg berita gembira kat dia sblm tu.. siap bg anta smpi umah br tu.. so leh la aku tnjk kat encik zahari tu umah baru kami..hehe.. umah bakal mertua tau yang.. ingt jalannye nnt.. ;P

ckp smpi cni kot.. juz nk share berita gembira aku ni... thanks to all supporters.. wakakaka... mcm artis jer.. ;P

Tuesday, January 20, 2009

C.I.N.T.A


Ada Apa Dengan Cinta ?

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.


Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.


Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir


Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.


Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.


Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu


Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !


Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.


Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.


Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.


Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Saturday, January 3, 2009

DIMARAHAI PAKWE T'SAYANG


Hari ini dia begitu marah padaku kerana kesilapan kusendiri. Akibat kelekaan & sikap bermain2 & suke b'dating yg akhirnye menyebabkan reportku siap pada saat2 akhir.. akhirnya aku merana sendirian.. beliau telah bersusah payah menolongku.. namun hasilnye agak sedikit kuciwa...huk3... finally aku menangis sendirian..
Crying 2Crying 2Crying 2Crying 2

** Ayat2 dalam cerita di atas adalah hasil nukilan seorang lelaki bernama ZAHARI AFFANDI..**

~! sekian terima kasih.. end of entry !~