Bismillah...
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Nampak menakutkan dan lebih menakutkan lagi, kecacatan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir! Spina Bifida merupakan salah satu kecacatan Tiub Saraf yang paling kerap berlaku; 1-2 kelahiran dalam 1000 kelahiran (purata dunia)
Spina Bifida berlaku apabila saraf tunjang tidak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Jika tempat yang terbuka itu terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul. Proses ini berlaku semasa di dalam kandungan.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pundi kencing (poor bladder control), lumpuh separuh atau sepenuhnya, masalah penghadaman, alergik dan banyak lagi.
Percaya atau tidak, kecacatan genetik ini berisiko tinggi kepada bayi yang mempunyai ibu mengandung yang tidak suka makan sayur!
Risiko Spina Bifida boleh dihindari jika kita banyak memakan makanan yang mengandungi ASID FOLIK (Folic Acid). 400 mikrogram Asid Folik setiap hari sudah mampu untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada kandungan.
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat/asid folik bagi setiap hidangan:
- bayam, 1 cawan;
- kacang bendi, setengah cawan;
- asparagus, setengah cawan;
- kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
- betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat/asid folik bagi setiap hidangan:
- brokoli kukus, 2 pucuk;
- buah oren saiz besar;
- nasi putih, setengah cawan;
- oat, setengah cawan;
- kacang merah, setengah cawan;
- 1 jagung saiz besar
Proses pembentukan Spina Bifida ini berlaku semasa awal minggu kehamilan. Waktu itu, para ibu mengandung kemungkinan belum tahu yang mereka sedang mengandung. Sekiranya ibu mengandung tersebut kekurangan asid folik dalam badan, bayi dalam kandungan berisiko tinggi mendapat Spina Bifida. Pengambilan asid folik pada minggu ke 13 ke atas sudah tidak berguna lagi kerana waktu itu pembentukan tiub saraf sudah lengkap.
Oleh itu, para ibu disyorkan untuk memakan makanan yang kaya dengan asid folik 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya kepada 12 minggu pertama kehamilan. Terutamanya wanita yang hendak berkahwin, makanlah makanan yang kaya dengan asid folik sebelum kehamilan pertama. Mengapa? Sekiranya anak pertama mempunyai Spina Bifida, risiko kepada kehamilan seterusnya untuk mendapat kecacatan tersebut sangat tinggi!
Oleh itu, makanlah sayur dari sekarang dan pastikan anda tidak kekurangan asid folik!
Kalau ibu-ibu susah nak makan sayur (sebab tahu ramai yang tak suke makan sayur kan?) digalakkan ambil vitamin B Complex kerana vitamin B Complex Shaklee turut mengandungi asid folik yang diperlukan oleh ibu mengandung. B kompleks ini juga memberi ketenangan kepada saraf kita.Melegakan dan kita merasa tidak stress bila mengambil B Kompleks..tekanan hidup dan stress yang melampau boleh mengakibatkan pelbagai penyakit datang menghinggap.
Jom amalkan pengambilan B Complex Shaklee dengan hubungi Ain seperti di bawah
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. -
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006
Email: princess_odette86@yahoo.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
No comments:
Post a Comment