Sunday, November 30, 2014

FAKTA DAN KEBAIKAN MEALSHAKES

Bismillah...
Assalamualaikum...

6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 
  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 

Jom baca apa kata mereka







 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Saturday, November 29, 2014

KEKURANGAN ASID FOLIK PENYEBAB BAYI CACAT

Bismillah...
Assalamualaikum...



Nampak menakutkan dan lebih menakutkan lagi, kecacatan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir! Spina Bifida merupakan salah satu kecacatan Tiub Saraf yang paling kerap berlaku; 1-2 kelahiran dalam 1000 kelahiran (purata dunia)
48124-hi-Spina
Spina Bifida berlaku apabila saraf tunjang tidak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Jika tempat yang terbuka itu terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul. Proses ini berlaku semasa di dalam kandungan.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pundi kencing (poor bladder control), lumpuh separuh atau sepenuhnya, masalah penghadaman, alergik dan banyak lagi.
Percaya atau tidak, kecacatan genetik ini berisiko tinggi kepada bayi yang mempunyai ibu mengandung yang tidak suka makan sayur!
Risiko Spina Bifida boleh dihindari jika kita banyak memakan makanan yang mengandungi ASID FOLIK (Folic Acid). 400 mikrogram Asid Folik setiap hari sudah mampu untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada kandungan.
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat/asid folik bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat/asid folik bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • 1 jagung saiz besar
Proses pembentukan Spina Bifida ini berlaku semasa awal minggu kehamilan. Waktu itu, para ibu mengandung kemungkinan belum tahu yang mereka sedang mengandung. Sekiranya ibu mengandung tersebut kekurangan asid folik dalam badan, bayi dalam kandungan berisiko tinggi mendapat Spina Bifida. Pengambilan asid folik pada minggu ke 13 ke atas sudah tidak berguna lagi kerana waktu itu pembentukan tiub saraf sudah lengkap.
Oleh itu, para ibu disyorkan untuk memakan makanan yang kaya dengan asid folik 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya kepada 12 minggu pertama kehamilan. Terutamanya wanita yang hendak berkahwin, makanlah makanan yang kaya dengan asid folik sebelum kehamilan pertama. Mengapa? Sekiranya anak pertama mempunyai Spina Bifida, risiko kepada kehamilan seterusnya untuk mendapat kecacatan tersebut sangat tinggi!
Oleh itu, makanlah sayur dari sekarang dan pastikan anda tidak kekurangan asid folik! 
Kalau ibu-ibu susah nak makan sayur (sebab tahu ramai yang tak suke makan sayur kan?) digalakkan ambil vitamin B Complex kerana vitamin B Complex Shaklee turut mengandungi asid folik yang diperlukan oleh ibu mengandung.  B kompleks ini juga memberi ketenangan kepada saraf kita.Melegakan dan kita merasa tidak stress bila mengambil B Kompleks..tekanan hidup dan stress yang melampau boleh mengakibatkan pelbagai penyakit datang menghinggap. 

Jom amalkan pengambilan B Complex Shaklee dengan hubungi Ain seperti di bawah


 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Friday, November 28, 2014

SENAMAN YANG DISARANKAN SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN

Bismillah...
Assalamualaikum...


Mengapakah senaman disyorkan semasa hamil?

Senaman menghasilkan pelbagai perkara baik bagi anda semasa mengandung. Ia membantu mempersiapkan anda untuk bersalin dengan memperkukuhkan otot-otot anda, membina ketahanan, serta memudahkan anda kembali semula ke bentuk badan asal sebaik sahaja bayi itu dilahirkan. 

Mengekalkan kehidupan aktif semasa mengandung tidak semestinya bermakna anda bertujuan membakar kalori. Badan anda mengeluarkan hormon bergelar relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi anda sebagai persediaan untuk bersalin, jadi anda perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik senaman. Adalah penting untuk mencari senaman-senaman yang tidak akan mencederakan anda atau membahayakan bayi. 

Senaman apakah yang terbaik bagi saya?

Senaman yang ideal akan mengepam jantung anda, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah, dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin dan kelahiran - tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada anda atau bayi anda. 

Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan tidak merbahaya pada peringkat awal, tetapi anda mungkin perlu mengubah rejim anda apabila anda lebih sarat mengandung. Lebih baik jika anda mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko tergelincir dan terjatuh, seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski, walaupun pernah terjadi di mana orang-orang yang terlibat dalam sukan kompetitif seperti itu, akan terus berlatih walaupun sarat mengandung. 

Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat, rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini. 

Berjalan 
Sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda. Ia adalah selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda. 

Renang 
Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung. Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat akibat kehamilan. 

Kelas senaman air 
Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan. 

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat. 

Yoga dan regangan 
Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa kesan buruk ke atas sendi anda. 

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik. 

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan. 

Pilates 
Pilates adalah satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibilti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi. Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis - dikenali dalam Pilates sebagai "teras stabil" atau asas. Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam. Sebab Pilates mensasarkan perut dan lantai otot pelvik dan sememangnya otot-otot ini boleh menjadi lemah semasa mengandung, senaman Pilates boleh menmanfaatkan. 

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi "tangan dan lutut", dan ini adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung. Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin. 

Senaman angkat berat 
Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada senaman anda, tidak ada sebab untuk anda berhenti, walaupun anda perlu mengelakkan mengguna besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu. 

Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik yang baik, senaman berat badan adalah cara yang baik untuk mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda. 

Elakkan panas badan yang keterlaluan juga keletihan, dan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan. 

Tarian 
Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda. Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba. 

Jika anda menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain. 

Aerobik berimpak rendah dan Fitball 
Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu anda akan bersenaman dengan baik. 

Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi. 





 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

1001 Khasiat Vivix Yang Perlu Anda Tahu

Bismillah..
Assalamualaikum..




Hari ini saya nak berceloteh mengenai Vivix Shaklee! Apa tu Vivix? Pernah dengar ke? Apa kehebatannya? Jom kita baca untuk mengetahui mengapa ramai jatuh cinta dengan kehebatan dan kebaikan vivix shaklee ni?

Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi  polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung. 

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 


Apakah kehebatan Vivix Shaklee?


a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)



Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.

Kebaikan Vivix Shaklee

* Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

* Memelihara keseluruhan kesihatan

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda

* Membantu anda merasa lebih bertenaga

* Mengurangkan risiko kanser

* Membantu pesakit diabetic

* Menguatkan sistem imun

Masih ragu-ragu dengan Vivix ini? Jom kita baca testimoni di bawah ini...

kehabatan dan kebaikan vivix shaklee

Testimoni vivix shaklee

kehabatan dan kebaikan vivix shaklee

kehabatan dan kebaikan vivix shaklee

Perhatian - Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusu dan mereka yang berumur bawah 18 tahun





 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Thursday, November 27, 2014

APA YANG BAGUS SANGAT OMEGA 3 TU?

Bismillah..
Assalamualaikum..



Sempena double promotion Omega Guard yang bakal berakhir 30 Nov ni, meh kite share lagi kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee ni. Omega Guard Shaklee ni sesuai untuk dimakan oleh semua lapisan umur. Tak kira kanak-kanak, orang dewasa, warga emas tanpa mengira lelaki atau perempuan. Untuk bayi pula haruslah berumur setahun ke atas. 
Meh kite review kelebihannye:

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee
1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair
sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari
ketumpatan minyak hati ikan.
4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal
berteknologi terkini
7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask
omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,
merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.



Meh kite pakat order Omega Guard sementara promosi masih berbaki 3 hari ni.. memang berbaloi-baloi.

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza
COD area : Senawang, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Tampin, KL, Sentul & Pantai Hospital Cheras. 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Wednesday, November 26, 2014

Sakit Lutut Saya Hilang Dalam Masa Seminggu

Bismillah..
Assalamualaikum..

Nampak tajuk di atas? Sakit Lutut Saya Hilang Dalam Masa Seminggu??? 
Saya tu Sofieatul Ain ke? Yes I Am!
Sofieatul Ain yang baru berumur 28 tahun dah sakit lutut?? Yes I Am!
Umur muda lagi kot nak sakit lutut? Sakit lutut tak mengenal usia. Boleh tak jawab gitu? Mesti ade sebab kan kenapa kite sakit lutut di usia muda.


Sesiapa yang kenal Ain mesti tahu Ain pernah accident pada tahun 2010. Ade tulang kecil  di lutut retak dan ligamen (ACL) terkoyak. ACL ni merupakan satu daripada 4 major ligaments dalam badan manusia. Pada penghujung tahun 2012 baru Ain buat operation untuk repair ACL yang terkoyak tu. Tapi menurut doktor pakar yang merawat Ain, even ACL tu dah direpair, in the future Ain masih berpotensi mengalami sakit lutut, kehilangan cecair yang antara tulang lutut tu & berpotensi jugak kena Arthritis. Dengar doktor cakap camtu memang rase seriau & ngeri. Tapi benda dah jadi. So redha menerima takdir. BTW nak wish thanks to Prof Dr Wan Hazmy Che Hon & Seremban Specialist Hospital yang dah merawat Ain & for the very good hospitality.

ACL Anterior Cruciate Ligament


Then awal tahun 2014 ni ade 1 hari tu Ain terasa sakit kat lutut. At first tak perasan sebab rase macam lenguh-lenguh je. Sampai Ain perasan terasa sakit kat lutut sampai payah nak turun sujud waktu sembahyang. Memang sakit waktu nak lipat kaki ni untuk turun sujud. Terfikir agaknye camni la rasenye yang orang-orang tua kate mereka sakit lutut tu. Terasa terseksa la jugak. Bukan waktu solat je rase sakitnye. Bila berjalan pon sakit, duduk pon sakit. So ape solution Ain?

Ain amalkan pengambilan set sendi Shaklee. Set sendi Shaklee ade 3 produk. Omega Guard, Ostematrix & Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Sebelum sakit lutut tu menyerang, Ain memang dah mengamalkan pengambilan Omega Guard sebagai supplement untuk bakar lemak. Then bile dah sakit lutut tu datang baru Ain start amek Ostematrix dan AJHT. Dan alhamdulillah tak sampai seminggu amalkan set sendi ni, Ain dah boleh sembahyang dengan sempurna. Tak perlu sembahyang duduk di kerusi lagi. So jom kite berkenalan dengan set sendi Shaklee.



Advanced Joint Health Tablet
Satu kombinasi bahan yang amat berkesan menyokong pergerakan, kelenturan dan fungsi sendi. Dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak pantas menyokong makanan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Kebaikan Advanced Joint Health Tablet
Menyokong ketidakselesaan sendi
Membantu kekalkan tulang rawan
Memelihara tisu penyambung yang sihat
Melancarkan pergerakan harian
Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
Anti radang semulajadi
Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
Memberi kekuatan kepada struktur sendi
Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamin (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen)
Pihak Shaklee sendiri telah memberi jaminan bahawa kesan positif dapat dilihat selepas 5 hari pengambilan, Insya-Allah!

Omega Guard
Merupakan minyak ikan terbaik dunia. Mampu memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) iaitu paras asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan.
Oleh itu ia dapat mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi serta merawat gout dengan efektif.

Ostematrix
Merupakan kalsium seimbang yang menyerap 99% ke dalam tulang kita.
Formulanya unik, diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
Berfungsi menguatkan tulang, memperbaiki kekejangan dan kebas, meringankan stres, pengalkalian tubuh dan memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.


Mari layan beberapa lagi testimoni sakit sendi...







 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza
COD area : Senawang, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Tampin, KL, Sentul & Pantai Hospital Cheras. 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"