Mempunyai anak bijak adalah impian
semua ibu-bapa. Namun, tahukah anda bahawa proses mendidik anak jadi pintar
boleh dilakukan sejak dari dalam kandungan lagi?
Ibu-bapa perlu memberikan perhatian yang penuh pada bakal bayi yang bakal lahir.
Ibu-bapa perlu memberikan perhatian yang penuh pada bakal bayi yang bakal lahir.
Secara asasnya, untuk menjadikan
anak pintar:
1. Berikan nama yang baik
Benar! Sebelum lahir lagi, berikan
nama yang baik untuk bakal bayi. Ajak bayi berbual bersama-sama kita. Semasa
Trimester 1, mungkin belum ada apa-apa lagi. Apabila mula masuk Trimester 2,
usap perut dan selalu berkomunikasi dengan bayi.
2. Berbicara dengan bayi
Jika sudah ada nama, panggillah
namanya. Ucapkan kata-kata seperti, “Sayang, ini mama ni. Mama sayang sangat
adik. Mama tak sabar nak tunggu adik keluar. Nanti besar jadi anak yang
soleh/solehah ya. Patuhi perintah Allah. Jaga mama dengan ayah baik-baik”.
Kadang-kadang, tanpa sedar, seakan-akan bayi memahami bahasa kita. Tindakan
refleks seperti menendang perut akan membuat kita tertawa sendirian. Pada
Trimester 2, bayi sebenarnya sudah mengenali suara ibu mereka. Jadi,
selalu-selalulah berkomunikasi dengan mereka.
3. Bayi mahukan sentuhan ayah juga
Ayah mungkin tidak dapat merasa
‘tendangan’ si bayi. Cuba dekati perut ibu, ucapkanlah sesuatu yang baik-baik
untuk bayi. Untuk lebih keseronokan, mungkin si ayah boleh merakam suara dan
kata-kata, dan dengarkan menggunakan ‘headphone’ pada perut ibu.
4. Dengarkan ayat-ayat suci Al-Quran
Jika sudah puas bercakap dengan
bayi, si ayah juga boleh mengalunkan ayat-ayat Al-Quran pada bayi. Jika ada
kelapangan, solat berjemaah dengan si ibu. Selesai solat, baca Al-Quran
bersama-sama. Andai ada masa terluang, bahkan dalam kereta sekalipun, dengarkan
ayat-ayat suci selalu pada bayi. Mudah-mudahan, apabila besar kelas, boleh
menjadi seorang hafiz/hafizah.
5. Bacakan cerita pada bayi
Selain Al-Quran, jika si ibu membaca
buku-buku ilmiah yang lain, bacakan sekali kuat-kuat. Biar si bayi dengar akan
isinya. Mudah-mudahan terang hatinya selepas keluar nanti. Rangsangan dan
sentuhan pada bayi amat penting dalam membina ‘bonding’ antara keduanya.
Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu dalam keadaan gembira,
begitu juga bayi. Elakkan ‘stress’ kerana secara tidak langsung, bayi akan
merasa tekanan itu juga.
6. Penuhi keperluan nutrisi dalam
pemakanan
Bakal ibu perlu makan makanan yang
seimbang dan berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan
sampai pada bayi. Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang
halal. Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui seperti
rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut. Makan makanan seimbang
untuk kebaikan ibu dan bayi.
7. Penerimaan dengan hati yang
terbuka
Si ibu perlu bersyukur ke hadrat
Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki
dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya
mata. Ada juga yang menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian,
cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan
emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Secara tidak langsung, emosi negatif
ini akan sampai pada bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang hamil.
Kenapa bangsa Yahudi
bijak?
Namun, pernahkah anda terbaca bahawa
bangsa Yahudi juga melahirkan generasi yang bijak? Kebetulan kita sedang
berbincang tentang perkara ini, apa kata kita singkap sekali apa rahsia mereka.
1. Ibu akan membuat latihan
matematik dan muzik
Untuk merangsang otak bayi,
dikatakan ibu ini akan menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan ayah akan membeli
buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Semestinya soalan-soalan yang
sukar. Latihan matematik yang di lakukan sewaktu bayi di dalam kandungan
dipercayai dapat melatih otak bayi untuk menjadi lebih bijak. Latihan ini di
lakukan sehingga bayi dilahirkan.
2. Pemakanan yang istimewa semasa
anak masih dalam kandungan
Pemakanan ibu mengandung juga
berbeza. Dikatakan juga, mereka gemar memakan kacang badam atau ‘almond’.
Jangan ingat Almond London semasa hari raya sahaja. Mereka juga makan kurma
bersama susu, roti, ikan tanpa kepala dan salad yang digaul bersama pelbagai
jenis kacang. Diberitahu, daging ikan adalah amat baik untuk perkembangan otak
bayi. Kepala ikan dipercayai mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan
perkembangan dan penumbuhan otak sewaktu bayi di dalam kandungan. Juga menjadi
kewajipan kepada mereka untuk mengambil pil minyak ikan sebagai nutrisi
tambahan.Kebiasaannya, mereka makan buah-buahan dahulu sebelum nasi dan
karbohidrat lain bagi mengelakkan merasa mengantuk dan lemah untuk memahami apa
yang dipelajari. Sama seperti ajaran Rasulullah SAW, mereka tidak menyajikan
ikan bersama daging, bagi mereka tidak elok di makan bersama.
3. Pemakanan yang istimewa semasa
anak membesar
Dikatakan, anak-anak Yahudi diberi
makan buah-buahan, kacang badam dan pil minyak ikan.
4. Mempelajari bahasa asing sehingga
fasih
Sekurang-kurangnya 3 bahasa yang
dikuasai oleh kanak-kanak Yahudi, iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Dengan
faktor geografi yang hampir dan dikelilingi negara Arab, mereka mempelajari
bahasa itu.
5. Mempelajari alat muzik
Mereka dilatih sejak kecil untuk
mempelajari bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola / ‘violin’.
Pemahaman yang diperlukan untuk seorang kanak-kanak memahami nota-nota dan kod
lagu akan membuatkan kanak-kanak itu lebih bijak. Dikatakan, dengan bermain
muzik, seperti belajar bahasa, otak kiri dan kanan akan dirangsang sepenuhnya.
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. -
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006
Email: princess_odette86@yahoo.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
No comments:
Post a Comment