sila lihat tajuk entry ni..
tandas pon nak beraya jugak..
tuan rumah tak beraya pon takpe..
tuan rumah baju raye pon takde tau..
tapi tandas tuan rumah semuanye baru..
takde la semua.. almost 80% jugak la..
pada saat aku menulis entry ni, tandas rumah aku ni tengah direnovatekan.
bunyi bising diorang dok potong2 tiles, sampai bunyik tv pon tak dengar, tu yang membuatkan aku menulis blog ni. sebab dah tak tau nak buat ape. facebook pon dah bosan.
nak tido, memang tak dapek la.. aku sorang2 je dok rumah..
husband and ayah gi keje.. si syila plak g shah alam.
so agak kurang yakin untuk aku tido di kala ade orang asing dalam rumah.. pintu rumah pon aku bukak luas2.. huhu..
semalam pergi check up kat KKIA sentul ni.
alhamdulillah.. semuanya ok.. tiada masalah..
aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T. sebab sepanjang tempoh aku mengandung ni, tiada masalah2 yang teruk aku alami. morning sickness pon takde la teruk sangat.. setiap kali pergi check up pon tiada masalah. syukur sangat2. syukur alhamdulillah..
and encik husband pon haruslah bersyukur sebab aku takde mintak yang bukan2 dari dia.. haha..
setakat pisang nangka goreng tu, apelah sangat kan encik zahari? hahaha...
aku ade survey2 untuk tempat bersalin nanti. ikutkan hati nak pergi private hospital. sebab banyak je aku tengok komen2 kurang menyenangkan pasal hospital gomen. decision untuk bersalin di mana tak dibuat lagi. tapi kalau baby nak keluar awal (means aku dah sakit waktu masih di kl), maknenya aku terpaksa menyerah diri ke gomen hospital. sebabnye.... private hospital di kl sangat mahal.. and ade private hospital yang taknak terima patient kalau tak buat check up dengan diorang.. eventho HKL sangat2 la dekat dengan rumah aku, sekangkang kera je, tapi aku tak tau kenapa aku tak prefer untuk deliver kat sini.. aku bercadang nak deliver kat hospital selayang.. sebab banyak2 komen aku bace, hospital selayang ni kurang aku dengar yang komen buruk. tapi kalau dah baby nak keluar sangat, takkan nak beranak dalam kereta pulak kan?
tapi kalau baby ni nak keluar ikut due date dia (23hb mengikut klinik private, 25hb mengikut KKIA), that means aku akan sakit di senawang la kan. kalau bersalin kat sane, aku bercadang nak bersalin di hospital bersalin sulkhilmi. dan encik husband pon macam dah setuju. charge deliver kat sini quite cheap. kire boleh afford lagi la. semoga semuanye berjalan dengan lancar dan urusan melahirkan permata kami selamat dan baby kami akan sihat...