Tuesday, May 24, 2011

: 100!! :



wahh.. seratus hari lagi untuk ke hari bersejarah kami.
persiapan setakat ni alhamdulillah berjalan lancar walaupon ade 'halangan'.
baju nikah sudah selesai ditempah. tinggal tunggu bajunye siap & cube fitting. menurut kak intan, pertengahan june insyaAllah dah siap. tak sabar nak tengok ape hasilnye. tapi tak sabar aku ni, encik tunang lagi tak sabar kot. dia cerita malam yang lepas kitorang pergi ukur baju nikah tu, dia mimpi dia menikah dengan pakai baju yang kitorang tempah tu. huhu.

pakej untuk bersanding juga sudah selesai dibook untuk disewa. kitorang memilih Andaman Pesona Anggun Kak Aini yang dekat dengan restoran sate samuri senawang tu. sebabnye ape yang diorang offer, boleh memuaskan hati kitorang. nak sewa pelamin panel, no extra charge (bukan macam ade 1 bridal house yang kitorang pergi tu, kalo nak pelamin panel, kena extra charge RM1000. bukan SERATUS okeyh!! SERIBU!!). pastu boleh customize pelamin yang macam mane & one more important thing, saya akan dapat baju baru. saya suke part ni sebab saya akan merasminkan baju merah-hitam tersebut. camane agaknye rupe saya? dan harga pakej dia pon berbaloi. very affordable. masih dalam range budget kitorang.

untuk official photographer pulak, kitorang decide nak hire Din bin Aziz. actually dari last year lagi dah survey2 photographer ni, cume disebabkan tarikh tak confirm lagi, so tak la nak book dia. tapi alhamdulillah, tarikh kami kahwin, belum ade orang book dia lagi. kalo nak tengok hasil kerja dia, sila search di facebook "Din Bin Aziz".

barang2 hantaran pula camane? fuuuhhhhh.. kitorang dah boleh menarik nafas lega sebab almost done. tinggal yang remeh2, kecik2 je blom beli macam kek, coklat & buah. benda2 ni mesti beli bile nak dekat majlis nanti kan.. cakap pasal barang hantaran ni, kitorang merayau dari KL sampai melaka untuk memenuhi kehendak masing2.
I ask you all one question.
antara SOGO dan JAYA JUSCO mana pilihan hati korang?
pilihan kitorang.....
JAYA JUSCO!!
sangat berbaloi2 kalo pergi hari j-card day. rase puas hati sangat. kitorang macam shoping tak hengat dunia hari tu. siap encik tunang tanya "betul ke kite shoping ni yang? macam orang gile je yang shoping" huhu...


setakat ni je la dulu. tetibe idea kering. sebab tengok muke encik tunang yang tension dengan kerja beliau. sampai aku pon nak jadi tension.

~till meet again~


Sunday, May 1, 2011

: urusan perkahwinan :


alhamdulillah.. 1 main issue dah selesai. baju nikah dah siap ditempah dan fully paid. tunggu baju siap je. harap2 ianya lawa & sesuai dengan aku. punye la lame mencari & survey kain baju nikah, almost 2 weeks jugak la, but at last just pergi jumpe kak intan kat BTS & then mintak dia carikan kain & upah jahit terus kat dia. senang! habis cerita, tak perlu pening2 kepala. material kain yang dia beli, lagi bagus dari yang aku survey2 kat jalan TAR tu. good job kak intan.

next perlu hunting bridal house. semalam dah pergi 2 bridal house kat senawang. astana cinta @ citra classic. both shops ni dok sebelah2 je. so senang nak pergi. before nak pergi sane,aku macam dah berminat untuk pilih astana cinta sebab tengok dari dalam blog dia, macam lawa je pelamin & baju dia pon lawa. harga kalo ikut dalam list dia kire affordable la. tapi kalo nak pelamin panel, kena tambah RM1000.. wow.. idok ler teman nak memilihnyer.. so aku & tunang terpaksa mereject untuk memilih astana cinta ni.

masuk citra classic pulak, harga dia yang dalam list tu lebih kurang astana cinta. TAPI diorang takde bezakan harga pelamin panel @ pelamin kain jurai2 tu. so we are satisfy. kerusi dia pon boleh pilih without any additional charge. so kire ok la kan. jadi kami telah meletakkan citra classic ni dalam list kami.

esok aku kena menggerakkan diri ke seremban semula untuk bridal house hunting again. ade beberapa bridal house nak pegi.

so....
see u all soon with another story.

** actually kak intan tu pon owner bridal house di bandar tasik selatan. name butik dia butik perkahwinan masza. location area desa tasik. PRdia baik, kak intan sangat peramah. kami sangat suke dengan kak intan. insyaAllah aku akan dapatkan treatment2 kat tempat dia jugak. huhuhu..