Tuesday, March 29, 2011

: Isu Kacamata Spectacle Lagi :

Align Center~~ bahagian merapu + memerlukan pendapat ~~



adakah anda bersetuju dengan wajah muka di atas?
emmmmm
maksud saya kacamata tersebut dengan wajah saya.
old school frame + sofieatul ain = true?
or
old school frame + sofieatul ain = false?

terima kasih kepada adik saya, sofieatul asyila kerana memberi kebenaran saya meminjam kacamata old school di atas. ia telah menambahkan kecantikan saya pada majlis pertunangan sepupu saya beberapa minggu lepas.

sekian terima kasih.

--------------------------------------------------------------------------------------------

~~ bahagian sebenar ~~

sebenar-benarnya, saya tengah berkira-kira mahu membuat kacamata baru. setelah kacamata yang cantik lagi mahal sebelum ini telah hancurmusnahberkecai semasa insiden kemalangan beberapa bulan lepas. tapi saya kena tunggu untuk lebih kurang sebulan lagi untuk membuat kacamata baru kerana saya memerlukan duit cantik untuk buat kacamata yang cantik. saya ingin membuat kacamata yang mempunyai frame yang cantik plus transition lens yang mahal seperti kacamata yang sudah mati itu.

adakah old school frame sinonim dengan saya?

Monday, March 28, 2011

: Contest sweet couple yang paling cool n comel :


actually saje nk join contest.. lame dah rasenye tak update blog.. takde idea nak update blog.. so join la contest ni.. at least berwarna jugak blog ni.. untung2 kot menang plak nanti kn.. mane tau.. rezeki....
details/syarat-syarat untuk join contest ni korang boleh tau bile korang klik gambar bawah ni k.


http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/02/sape-nak-join-contest-first-time-dekcik.html

ok!
now saya ingin menunjukkan gambar yang saya pertaruhkan untuk contest ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaa!!!!!



gambar di atas adalah gambar saya bersama bekas ex-boifren saya (bekas lagi, ex- lagi.. hehehe)
sebab ape dia bekas ex-boifren saya?
sebab dia dah jadi tunang saya laa. dan insyaAllah bakal suami saya.
gambar diambil sekitar penghujung 2006.
gambar ni first time kami ambil bersama.
waktu gambar ni diambil, kami masih belum menjalin hubungan istimewa a.k.a couple.
tapi sekarang Alhamdulillah sekarang kami sedang menanti hari bahagia kami.
cube tengok gambar di atas......
masing-masing tersipu-sipu kan untuk ambil gambar??
hahaha..
k lah setakat tu je details untuk gambar ni.

next, saya nak tag contest ni kepada:
- cik jannah
- cik syila
- cik nirah
- encik hakimi
dan
- kamu, kamu, kamu semua yang membaca entry ni.


Monday, March 21, 2011

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

:source = facebook:


encik tunang sayang, i think all the statements above, are all true about me..