I WANT TO = SAYA YANG HENDAK IA BEGITU.. / SAYA YANG MAHUKAN IA BEGITU / SAYA YANG NAK IA SEPERTI ITU
apabila si A memang berkehendakkan melakukan sesuatu perkara tetapi tindakan itu telah melibatkan si B secara tidak langsung dan tanpa keizinan si B, bolehkah si B hanya berdiam diri jika tindakan si A tersebut adalah tidak disukai oleh si B.
-ape la ayat putar belit?-
contohnya kes ini:
Si A telah meletakkan gambar beliau di mana dalam gambar tersebut terdapat juga wajah si B dan teman2 beliau yang lain di mana-mana laman sosial di Internet. Dah nyata, terang lagi bersuluh tanpa guna torchlight pon dalam gambar tersebut ade wajah si B. Si B bukan hanya dikenali oleh si A seorang saja. Si B juga mempunyai ramai kawan-kawan. Satu hal lagi, si A takde pulak meletakkan apa-apa security ke, privacy setting ke pada halaman di mana beliau meletakkan gambar tersebut. Ianya adalah untuk Tatapan Umum. So semua orang atau sesiapa sahaja boleh memberi komen pada gambar tersebut.
Di dalam halaman gambar tersebut jugak, terdapat gambar si C. Si C ini ada memberi komen dan antara komen yang beliau telah beri ialah beliau ingin menampar si B bersama orang kesayangan si B. Tidaklah diketahui apa punca si C ni marah sangat dengan si B sampai beliau ingin menampar si B. Si B pernah menyakiti beliau kah? Apa yang tidak puas hati antara si C terhadap si B, tidaklah hamba ketahui. Tetapi hamba juga musykil bila ada antara manusia di dunia ini ingin menampar orang yang tidak dikenalinya dengan tidak semena-mena. Si C ingin menampar orang kesayangan si B yang dikatakan kurang ajar terhadap siapa pon, hamba tak pasti. Tetapi apa yang pasti, orang kesayangan si B ini dan si C adalah saling tidak mengenali, saling tidak pernah berjumpa, saling tidak pernah berhubungan apatah lagi menjadi sahabat. Jadi, kenapa si C ini amat marah pada orang yang tidak dikenalinya itu ye?
-TINGGAL TANDA TANYA-
Sekarang kita bercerita pulak pasal si D. Si D ini tidak banyak sangat ceritanya. Tiada pun wajah beliau terpampang dalam gambar yang diceritakan di atas. Kehadiran beliau hanya ingin menambahkan kehangitan suasana dalam memporak perandakan hubungan orang. Bagus betul.
Tamat sudah mengenai watak dan perwatakan mengenai cerita ini. Hamba bukanlah sasterawan. Minat subjek komsas pon sikit2. Tetapi hamba ingin berkongsi "Moral of the Story" dalam bahasa inggerisnya berkenaan cerita ini.
1.) Kalau kite ingin membuat sesuatu perkara tetapi melibatkan orang lain, kita haruslah meminta kebenaran orang yang terlibat tersebut.
2.) Kalau kita tetap juga ingin membuat sesuatu perkara tersebut yang melibatkan orang lain, tetapi tidak ingin orang lain mencapuri urusan tersebut @ bagi mengelakkan kekacauan, janganlah letakkan gambar itu untuk tatapan umum. Sila lah guna privacy setting yang telah disediakan oleh laman tersebut. Itulah gunanya fungsi privacy setting tersebut.
= dua moral ini saja yang dapat hamba fikirkan buat masa ni. kalau ada lagi, hamba akan tambah kemudian=
Di dalam cerita di atas, beta tidak menyatakan siapakah siA, si B, si C, si D serta orang kesayangan si B. Hamba juga tidak meletakkan apa-apa gambar @ tanda-tanda pengenalan pada mana-mana watak di atas. Jadi, kalau si A, si B, si C, si D atau orang kesayang si B ada terbaca kisah ini, mungkin mereka dapat merasakan diri mereka adalah watak dalam cerita ini, tetapi mungkin juga tidak. Sebab penulis tidak meletakkan apa-apa nama atau gambar pun di dalam cerita ini. Jadi orang luar tidak dapat mengagak siapakah watak-watak dalam cerita ini kan?
AM I RIGHT?
~Sekian, Terima Kasih~
*hamba masih tertanya-tanya kenapa si C ingin menampar si B dan orang kesayangan si B yang tidak dikenalinya itu.
*hamba juga ingin memohon sejuta kemaafan kepada insan-insan yang mungkin hamba telah sakitkan hatinya, remukkan hatimya, hancur lumatkan hatinya. Sejuta kemaafan hamba pinta.
*hamba juga ingin memohon sejuta kemaafan kepada insan-insan yang mungkin hamba telah sakitkan hatinya, remukkan hatimya, hancur lumatkan hatinya. Sejuta kemaafan hamba pinta.
2 comments:
BLA BLA BLA
Ish..ish..sape la A,B,C,D tu ek? Sekarang ni musim saman menyaman. Jage2 cik salmah. Nanti disababkan benda kecik tak pasal2 kena saman 50K
Post a Comment