Suatu masa dulu aku rasakan segala kehendakku pasti akan dituruti...
Tetapi kini kehendakku belum mungkin dapat dipenuhi...
Mungkin juga sebab kedudukan dan keadaan semasa sekarang...
Atau mungkin dia sudah menyedari bahawa aku ni banyak sangat songehnya...
Atau mungkin dia sudah merasakan bahawa selama ini dia amat baik padaku sampai aku telah mengambil kesempatan atas dirinya...
Segalanya KEMUNGKINAN...
Suatu masa dulu aku pernah berdua-duaan dengannya di tepi pantai sambil diterangi limpahan cahaya bulan dan bintang-bintang yang berkelip-kelipan...
Masing-masing meluahkan perasaan cinta...
Dan aku masih mengharapkan suasana begitu hadir lagi dalam memori percintaan kami...
Aku juga pernah menyuarakan tentang ini, dan dia setuju... katanya bulan JUN...
Tetapi bayangan impian ini tidak kelihatan di di mataku dan juga pada kata-katanya...
Mungkinkah dia terlupa??
Atau mungkinkah masalah semasa yang menghalang IMPIAN ini dari terjadi...
Segalanya KEMUNGKINAN...
Suatu masa dulu kami pernah berjauhan...
Tetapi kini kami sudah berdekatan...
Tetapi apabila aku berdekatan dengannya, kenapa harus ada orang lain juga yang perlu tinggal berdekatan dengan KAMI??
Adakah kehadirannya memang disengajakan??
Sesungguhnya kehadiran ORANG itu membuat jiwaku tergugat dan tidak tenteram...
Aku tidak tahu kenapa aku harus memikirkan tentang ORANG ini...
ORANG ini... ORANG ini... ORANG ini... ORANG ini…
Walau apapun yang bakal berlaku, aku kena teruskan hidupku…
Aku akan tetap sayangkan dirinya... Hanya dirinya sahaja...
Dan aku harapkan tanggal hari lahirku nanti tiada perkara-perkara yang menyedihkan akan berlaku...
Biarpun segala RANCANGAN dan IMPIAN ku tidak dapat dijalani dan dipenuhi, tetapi 28 JUN adalah bakal hari yang membahagiakanku............................................
No comments:
Post a Comment