Debaran esok sudah terasa hari ni. Ayat macam nak ambil result exam atau nak bersalin je kan? Tapi saya betul-betul dok fikir ape yang akan berlaku atau camne cara Doktor Ishak (pakar O&G Hospital KPJ Seremban) nak cabut batang mancis (implan) kat lengan kiri saya ni. YES! I chose implanon for family planning. Kami suami isteri dulu dah berbincang nak guna kaedah perancang yang mana. And implan was the best choice for us. Disebabkan saya ni jenis yang kurang berdisiplin, makanya kaedah suntikan & pil perancang haruslah ditolak ketepi. Kaedah IUCD pulak saya tak berani sebab terasa seram bila dengar benda T tu kena masuk ikut 'bawah'. Terasa cukup-cukup la waktu dalam mase nak bersalin dulu kena seluk-seluk & waktu buat pap smear dulu. Aduhai ngerinye masih terasa dan lebih kepada perasaan malu. Saya pakai implan ni April 2013 dan esok 18.12.2014 dah nak cabut. Kalau ikutkan implan yang saya amek ni tahan 3 tahun means boleh pakai sampai April 2016, tapi sebab kami suami isteri dah merancang untuk anak kedua dan Umar Danial pon dah berusia 2 tahun, so kami ambil keputusan untuk cabut implan ni esok (kebetulan encik suami pun ade appointment dengan pakar ortopedik esok).
HORMON
- Pil Perancang: rasanya ramai kot yang ambil pil perancang ni...tapi bagi yang pelupa tu, sila fikir banyak kali samada nak guna kaedah ni atau tak...kang terskip makan, habislaaaa!! untuk ibu yang fully breastfeed baby, doktor suggest amek jenama noriday...range harga RM20-RM60 sekotak...kesan sampingan seperti naik berat badan, mual, kurang nafsu seks, moody, semua tu bergantung pada individu...
- Suntikan: siapa yang pelupa boleh la ambil suntikan...suntikan ni kena buat 3 bulan sekali...effect untuk orang yang ambil injection ni dia akan mengalami kitaran haid yg tak teratur...kadang-kadang berbulan tak datang haid...sekali cucuk RM30-RM80 ikut hospital...
- Implan: kaedah ni siapa yang nak jarakkn anak 3 tahun ke atas. Implan ni besar dia macam batang mancis macam yang saya sebut di atas, perlu ditanam & dikeluarkan...keburukan dia, kalau tetiba kita rasa tak serasi atau nak singkatkan jarak anak, terpaksa keluarkn & burn la duit beratus-ratus...range harga rm300-rm500... Alhamdulillah implan serasi dengan saya. Waktu saya pakai implan ni dulu nasib la boleh gune insurans company, so company cover.
- Kondom: benda ni senang sangat nak dapat kat kedai...bagi yang selesa, boleh la pakai kondom...kemungkinan mengandung hanya 2%...
- IUCD: alat yg ditanam dalam rahim...sesuai untuk sesiapa yang nak jarakkan anak 3 tahun...alat ni tak ganggu hubungan sex & tak ganggu kitaran haid...
- Diafragma: sejenis alat yang dimasukkan dalam faraj untuk tutup serviks...kalau pakai kaedah ni, kena masukkn sendiri...chances nak pregnant dalam 5%...
- Tradisional: menggunakan ubat tradisional, herba atau jamu..
- Menyusukan Anak Sepenuhnya: ibu yang menyusukan bayi akan lambat datang haid...ada yang sampai setahun lebih baru keluar haid...
- Kira Kitaran Haid: melakukan hubungan di waktu selamat/kurang subur...tapi kaedah ni kita kena ada kitaran haid yang teratur baru boleh buat anggaran yang tepat...
- Kaedah Azal: air mani dipancutkn ke luar...tapi kaedah ni banyak yang gagal sebab chances nak mengandung tu tinggi...
- Sterilisasi/Pemandulan: utk perempuan, tiub fallopio diikat atau dipotong melalui pembedahan...bagi lelaki pulak dipanggil vasektomi iaitu vas defence lelaki dipotong dan diikat...
Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.
Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus."
MENGAPA PERLU MERANCANG?
Untuk menghasilkan sebuah keluarga yang sihat dan ceria dengan merancang bilangan, jarak dan masa kehamilan yang sesuai.
Faedah:
- Ibu sudah bersedia untuk hamil dari aspek kesihatan, mental dan sosial.
- Anak mendapat kasih sayang, pemakanan yang sihat termasuk susu ibu dan penjagaan yang sepenuhnya.
- Suami dapat menyediakan kemudahan asas mengikut kamempuan fizikal, mental, sosial dan ekonomi keluarga.
- setiap ahli keluarga termasuk suami mendapat kasih sayang dan keperluan asas yang mencukupi.
Tapi mesti ada yang tertanya-tanya Shaklee ada ke vitamin/supplement yang boleh merancang kehamilan? Haruslah ada. Jawapannya GLA Complex. GLA Complex boleh membantu menstabilkan hormon dan membetulkan kitaran haid. Jadinya bagi yang nak merancang keluarga secara semulajadi boleh la amalkan pengambilan GLA Complex ni. Bila haid kita normal, pusingan haid pon dah normal, mudah untuk kita kira bila waktu subur kita. Jika dah sampai waktu subur, sila elakkan 'bersama' dengan suami..mudah saja kan? Extra benefit GLA Complex ni puan-puan semua akan dapat kulit yang cantik halus mulus kerana GLA Complex ni mengandungi Vitamin E. Haruslah encik suami makin sayang.
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. -
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006
Email: princess_odette86@yahoo.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"