Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, December 12, 2014

Homemade Bergedil Ayam

Bismillah...
Assalamualaikum...


Hari ni Ain nak kongsi resepi bergedil. Hari Rabu lepas Ain, husband & Danial pergi ke Shah Alam sebab ada urusan keluarga & makan tengah hari pada hari itu telah dibelanja oleh pakcik Ain. Tak ingat name restorannye tapi restorannye area Seksyen 7, belakang restoran Jovian pereka fesyen tu. Restoran ni famous dengan ayam goreng garing dia. Banyak sangat pilihan lauk dia & semua nampak sedap. Disebabkan pakcik dah order ayam goreng garing tu sampai 7 ketul, so Ain ambil nasi & sayur je. Hubby pulak ambil nasi, ulam-ulam & bergedil. At first Ain bagi Danial makan nasi putih, ayam goreng & sayur serta kuah sayur tu. Then hubby hulur pulak bergedil kat Danial & dia suke pulak makan. Tu yang semalam tergerak hati nak buat bergedil. Tapi bile tengah biat bergedil ni mula la hati jadi sayu. Teringatkan arwah ayah. Arwah ayah memang suke makan bergedil. Semoga arwah ayah tenang di sana.

Ok. Kite sambung dengan resepi bergedil ayam ni. Bahan-bahan dia sangat mudah dan sedikit. Ain sediakan 3 biji kentang, 3 keping daging burger ayam Ramly, serbuk lada hitam, sebiji telur & daun sup. Tak lupe juge sedikit minyak untuk menggoreng. Firstly Ain potong kentang tu ikut suke (Ain potong dadu besar-besar). Then gorengkan kentang yang dipotong tu. Dah selesai goreng kentang sampai dia empuk, kite campurkan kentang, daging burger ayam, daun sup & sedikit serbuk lada hitam. Actually sebelum ni Ain gune serbuk lada sulah, tapi sebab takde stok kat rumah so kite tukar dengan serbuk lada hitam (tetibe terfikir serbuk lada sulah tu serbuk lada putih ke eh? sebab sebelum ni pakai yg aji shio tu je :D). Ok dah campur bahan-bahan tadi macam gambar kat bawah ni, ready untuk lenyek ke semua bahan tu. Agak-agak dah elok bercampur sebati semua, boleh la kite bentukkan dia jadi bulat macam rupe bergedil tu.


Next dah siap rupekan bergedil tu, ready untuk digoreng. Sebelum digoreng bergedil tu kite salit dengan telur yang dah didadarkan. Agak-agak warna bergedil tu dah keemasan sikit boleh diangkat dan dingap! So easy so simple kan? Selamat mencube...

Tuesday, December 2, 2014

RESEPI TOMYAM PEKAT

Bismillah...
Assalamualaikum...

Actually tak pasti la korang tau ke tak camne nak buat tomyam jadi pekat. Disebabkan kite ni baru terjumpe resepi tomyam pekat, so kite share je la ye resepinye. Sharing is caring kan?




Bahan blend

1. Tomato sebijik
2. Lada merah sebijik
3. Bawang putih 2 ulas 
4. Bawang besar separuh


Bahan hiris
1. Bawang besar 1 bijik
2. Bawang putih 2 ulas

Bahan ketuk
1. Halia 1cm
2. Cili 3 bijik
3. Serai 2 bijik

Bahan potong2
1. Sayur2 campur2
2. Tomato belah 4
3. Ayam size ikot citarasa masing2

Cara2..
Tumis bahan hiris
Masokkan ayam
Masokkan bhn blend
Masokkan pes tomyam
Masokkan bahan ketuk
Gaul2 biar didih
Masokkan sayor2
Masokkan 3 helai daun limau purut
Garam
Gula
Siap!!


Jumaat lepas dah try buat dengan adik. Rasenye marvellous jugak la sebab pekat. Cume takleh nak lawan macam kat restoran la.
So happy makan tomyam. Yummi yummi...


 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"