Showing posts with label b complex. Show all posts
Showing posts with label b complex. Show all posts

Monday, December 1, 2014

HB rendah ketika hamil?

Bismillah...
Assalamualaikum...


Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.


Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.  Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.
Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.

Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti

*Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
*Minum jus buah-buahan.
*Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
*Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.



 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Saturday, November 29, 2014

KEKURANGAN ASID FOLIK PENYEBAB BAYI CACAT

Bismillah...
Assalamualaikum...



Nampak menakutkan dan lebih menakutkan lagi, kecacatan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir! Spina Bifida merupakan salah satu kecacatan Tiub Saraf yang paling kerap berlaku; 1-2 kelahiran dalam 1000 kelahiran (purata dunia)
48124-hi-Spina
Spina Bifida berlaku apabila saraf tunjang tidak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Jika tempat yang terbuka itu terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul. Proses ini berlaku semasa di dalam kandungan.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pundi kencing (poor bladder control), lumpuh separuh atau sepenuhnya, masalah penghadaman, alergik dan banyak lagi.
Percaya atau tidak, kecacatan genetik ini berisiko tinggi kepada bayi yang mempunyai ibu mengandung yang tidak suka makan sayur!
Risiko Spina Bifida boleh dihindari jika kita banyak memakan makanan yang mengandungi ASID FOLIK (Folic Acid). 400 mikrogram Asid Folik setiap hari sudah mampu untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada kandungan.
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat/asid folik bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat/asid folik bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • 1 jagung saiz besar
Proses pembentukan Spina Bifida ini berlaku semasa awal minggu kehamilan. Waktu itu, para ibu mengandung kemungkinan belum tahu yang mereka sedang mengandung. Sekiranya ibu mengandung tersebut kekurangan asid folik dalam badan, bayi dalam kandungan berisiko tinggi mendapat Spina Bifida. Pengambilan asid folik pada minggu ke 13 ke atas sudah tidak berguna lagi kerana waktu itu pembentukan tiub saraf sudah lengkap.
Oleh itu, para ibu disyorkan untuk memakan makanan yang kaya dengan asid folik 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya kepada 12 minggu pertama kehamilan. Terutamanya wanita yang hendak berkahwin, makanlah makanan yang kaya dengan asid folik sebelum kehamilan pertama. Mengapa? Sekiranya anak pertama mempunyai Spina Bifida, risiko kepada kehamilan seterusnya untuk mendapat kecacatan tersebut sangat tinggi!
Oleh itu, makanlah sayur dari sekarang dan pastikan anda tidak kekurangan asid folik! 
Kalau ibu-ibu susah nak makan sayur (sebab tahu ramai yang tak suke makan sayur kan?) digalakkan ambil vitamin B Complex kerana vitamin B Complex Shaklee turut mengandungi asid folik yang diperlukan oleh ibu mengandung.  B kompleks ini juga memberi ketenangan kepada saraf kita.Melegakan dan kita merasa tidak stress bila mengambil B Kompleks..tekanan hidup dan stress yang melampau boleh mengakibatkan pelbagai penyakit datang menghinggap. 

Jom amalkan pengambilan B Complex Shaklee dengan hubungi Ain seperti di bawah


 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Sunday, June 29, 2014

Adakah Ini Kesan Sampingan Shaklee? Shaklee ade side effect kerr?

Saya selalu terima pelbagai pertanyaan daripada customer yang baru first time ambil supplement Shaklee. Antara soalan- soalan yang saya terima adalah seperti di bawah. Jawapannye juga sudah ade untuk rujukan anda semua sebab ianya pernah dibincangkan di dalam grup Jutawan Muslimah (WAHMillionaire) kami. Oleh sebab itu, bagi customer yang ingin membeli sebarang produk Shaklee, disarankan membeli dengan pengedar sah yang dapat memberi konsultasi secara percuma dan maklumatnye adalah benar. Bukan semua pengedar Shaklee arif & aware tentang masalah-masalah yang timbul pada customer.

Antara soalan yang pernah dianjurkan;

1. “Kencing saya berwarna kuning dan keruh apabila mengambil vitamin Shaklee”

Normal. Pengambilan vitamin yang mengandungi vitamin B akan merubah warna air kencing kerana kandungan komponen vitamin B (larut air) yang dikeluarkan melalui air kencing.

2. “Kepala saya jadi pening selepas mengambil Shaklee”

Normal. Healing crisis kerana kekurangan air dalam badan. Tingkatkan kuantiti air (paling kurang 3L sehari).

3. “Susu saya jadi kuning/kehijauan selepas ambil Shaklee”

Normal. Kuning disebabkan vitamin B, hijau kerana kandungan klorofil dalam alfalfa.

4. “Saya jadi lawas pulak lepas ambil Shaklee”

Normal. Alfalfa juga bertindak sebagai pelawas.

5. “Saya demam lepas ambil Shaklee. Tapi suami saya dah 3 hari demam”

Mungkin berjangkit demam husband/memang dah nak demam.

6. “Period saya datang selepas ambil Shaklee”

Mungkin dah sampai masanya untuk period.

7. “Badan saya makin lesu lepas ambil Shaklee”

Normal. healing crisis. Banyakkan minum air.

8. “Anak saya kurang menyusu selepas ambil Shaklee”

Normal. Bayi cepat kenyang.

9. “Anak saya tidur lebih lama selepas saya ambil Shaklee”

Normal. Bila dah kenyang, tidurlah

Apa-apa pun sekiranya ade sebarang kemusykilan



 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Wednesday, June 12, 2013

Supplement untuk Ibu Menyusu

Ramadhan bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Ibu risaukan susu badan yang semakin sedikit?

Tak perlu risau lagi selagi adanya Set Menyusu Shaklee..
Kami menyediakan supplement yang mengikut bajet anda..

Sila hubungi saya untuk mendapatkan tawaran harga yang menarik.

SMS/Whatsapp : 019-6221006
www.facebook.com/sofie.SAZA
www.saza4ever.blogspot.com