Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

KAEDAH MERANCANG KELUARGA. MANA SATU PILIHAN ANDA?

Debaran esok sudah terasa hari ni. Ayat macam nak ambil result exam atau nak bersalin je kan? Tapi saya betul-betul dok fikir ape yang akan berlaku atau camne cara Doktor Ishak (pakar O&G Hospital KPJ Seremban) nak cabut batang mancis (implan) kat lengan kiri saya ni. YES! I chose implanon for family planning. Kami suami isteri dulu dah berbincang nak guna kaedah perancang yang mana. And implan was the best choice for us. Disebabkan saya ni jenis yang kurang berdisiplin, makanya kaedah suntikan & pil perancang haruslah ditolak ketepi. Kaedah IUCD pulak saya tak berani sebab terasa seram bila dengar benda T tu kena masuk ikut 'bawah'. Terasa cukup-cukup la waktu dalam mase nak bersalin dulu kena seluk-seluk & waktu buat pap smear dulu. Aduhai ngerinye masih terasa dan lebih kepada perasaan malu. Saya pakai implan ni April 2013 dan esok 18.12.2014 dah nak cabut. Kalau ikutkan implan yang saya amek ni tahan 3 tahun means boleh pakai sampai April 2016, tapi sebab kami suami isteri dah merancang untuk anak kedua dan Umar Danial pon dah berusia 2 tahun, so kami ambil keputusan untuk cabut implan ni esok (kebetulan encik suami pun ade appointment dengan pakar ortopedik esok). 

And untuk entry ni jom kite belajar pasal kaedah merancang keluarga. Ada dua cara yang kita boleh pilih samada KEKAL atau TIDAK KEKAL...yang tidak kekal pulak boleh dibahagikan kepada dua iaitu HORMON dan BUKAN HORMON...kaedah bukan hormon sangat sesuai untuk ibu yang menyusukan...



HORMON

  • Pil Perancang: rasanya ramai kot yang ambil pil perancang ni...tapi bagi yang pelupa tu, sila fikir banyak kali samada nak guna kaedah ni atau tak...kang terskip makan, habislaaaa!! untuk ibu yang fully breastfeed baby, doktor suggest amek jenama noriday...range harga RM20-RM60 sekotak...kesan sampingan seperti naik berat badan, mual, kurang nafsu seks, moody, semua tu bergantung pada individu...
  • Suntikan: siapa yang pelupa boleh la ambil suntikan...suntikan ni kena buat 3 bulan sekali...effect untuk orang yang ambil injection ni dia akan mengalami kitaran haid yg tak teratur...kadang-kadang berbulan tak datang haid...sekali cucuk RM30-RM80 ikut hospital...
  • Implan: kaedah ni siapa yang nak jarakkn anak 3 tahun ke atas. Implan ni besar dia macam batang mancis macam yang saya sebut di atas, perlu ditanam & dikeluarkan...keburukan dia, kalau tetiba kita rasa tak serasi atau nak singkatkan jarak anak, terpaksa keluarkn & burn la duit beratus-ratus...range harga rm300-rm500... Alhamdulillah implan serasi dengan saya. Waktu saya pakai implan ni dulu nasib la boleh gune insurans company, so company cover. 

BUKAN HORMON

  • Kondom: benda ni senang sangat nak dapat kat kedai...bagi yang selesa, boleh la pakai kondom...kemungkinan mengandung hanya 2%...
  • IUCD: alat yg ditanam dalam rahim...sesuai untuk sesiapa yang nak jarakkan anak 3 tahun...alat ni tak ganggu hubungan sex & tak ganggu kitaran haid...
  • Diafragma: sejenis alat yang dimasukkan dalam faraj untuk tutup serviks...kalau pakai kaedah ni, kena masukkn sendiri...chances nak pregnant dalam 5%...
  • Tradisional: menggunakan ubat tradisional, herba atau jamu..

Kaedah Semulajadi:

  • Menyusukan Anak Sepenuhnya: ibu yang menyusukan bayi akan lambat datang haid...ada yang sampai setahun lebih baru keluar haid...
  • Kira Kitaran Haid: melakukan hubungan di waktu selamat/kurang subur...tapi kaedah ni kita kena ada kitaran haid yang teratur baru boleh buat anggaran yang tepat...
  • Kaedah Azal: air mani dipancutkn ke luar...tapi kaedah ni banyak yang gagal sebab chances nak mengandung tu tinggi...
KEKAL

  • Sterilisasi/Pemandulan: utk perempuan, tiub fallopio diikat atau dipotong melalui pembedahan...bagi lelaki pulak dipanggil vasektomi iaitu vas defence lelaki dipotong dan diikat...
"Fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.

Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.

Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus."

MENGAPA PERLU MERANCANG?

Untuk menghasilkan sebuah keluarga yang sihat dan ceria dengan merancang bilangan, jarak dan masa kehamilan yang sesuai.

Faedah:
  • Ibu sudah bersedia untuk hamil dari aspek kesihatan, mental dan sosial.
  • Anak mendapat kasih sayang, pemakanan yang sihat termasuk susu ibu dan penjagaan yang sepenuhnya.
  • Suami dapat menyediakan kemudahan asas mengikut kamempuan fizikal, mental, sosial dan ekonomi keluarga.
  • setiap ahli keluarga termasuk suami mendapat kasih sayang dan keperluan asas yang mencukupi.


Tapi mesti ada yang tertanya-tanya Shaklee ada ke vitamin/supplement yang boleh merancang kehamilan? Haruslah ada. Jawapannya GLA Complex. GLA Complex boleh membantu menstabilkan hormon dan membetulkan kitaran haid. Jadinya bagi yang nak merancang keluarga secara semulajadi boleh la amalkan pengambilan GLA Complex ni. Bila haid kita normal, pusingan haid pon dah normal, mudah untuk kita kira bila waktu subur kita. Jika dah sampai waktu subur, sila elakkan 'bersama' dengan suami..mudah saja kan? Extra benefit GLA Complex ni puan-puan semua akan dapat kulit yang cantik halus mulus kerana GLA Complex ni mengandungi Vitamin E. Haruslah encik suami makin sayang.



 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Monday, December 1, 2014

HB rendah ketika hamil?

Bismillah...
Assalamualaikum...


Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.


Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.  Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.
Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.

Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti

*Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
*Minum jus buah-buahan.
*Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
*Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.



 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Saturday, November 29, 2014

KEKURANGAN ASID FOLIK PENYEBAB BAYI CACAT

Bismillah...
Assalamualaikum...



Nampak menakutkan dan lebih menakutkan lagi, kecacatan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir! Spina Bifida merupakan salah satu kecacatan Tiub Saraf yang paling kerap berlaku; 1-2 kelahiran dalam 1000 kelahiran (purata dunia)
48124-hi-Spina
Spina Bifida berlaku apabila saraf tunjang tidak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Jika tempat yang terbuka itu terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul. Proses ini berlaku semasa di dalam kandungan.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pundi kencing (poor bladder control), lumpuh separuh atau sepenuhnya, masalah penghadaman, alergik dan banyak lagi.
Percaya atau tidak, kecacatan genetik ini berisiko tinggi kepada bayi yang mempunyai ibu mengandung yang tidak suka makan sayur!
Risiko Spina Bifida boleh dihindari jika kita banyak memakan makanan yang mengandungi ASID FOLIK (Folic Acid). 400 mikrogram Asid Folik setiap hari sudah mampu untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada kandungan.
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat/asid folik bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat/asid folik bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • 1 jagung saiz besar
Proses pembentukan Spina Bifida ini berlaku semasa awal minggu kehamilan. Waktu itu, para ibu mengandung kemungkinan belum tahu yang mereka sedang mengandung. Sekiranya ibu mengandung tersebut kekurangan asid folik dalam badan, bayi dalam kandungan berisiko tinggi mendapat Spina Bifida. Pengambilan asid folik pada minggu ke 13 ke atas sudah tidak berguna lagi kerana waktu itu pembentukan tiub saraf sudah lengkap.
Oleh itu, para ibu disyorkan untuk memakan makanan yang kaya dengan asid folik 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya kepada 12 minggu pertama kehamilan. Terutamanya wanita yang hendak berkahwin, makanlah makanan yang kaya dengan asid folik sebelum kehamilan pertama. Mengapa? Sekiranya anak pertama mempunyai Spina Bifida, risiko kepada kehamilan seterusnya untuk mendapat kecacatan tersebut sangat tinggi!
Oleh itu, makanlah sayur dari sekarang dan pastikan anda tidak kekurangan asid folik! 
Kalau ibu-ibu susah nak makan sayur (sebab tahu ramai yang tak suke makan sayur kan?) digalakkan ambil vitamin B Complex kerana vitamin B Complex Shaklee turut mengandungi asid folik yang diperlukan oleh ibu mengandung.  B kompleks ini juga memberi ketenangan kepada saraf kita.Melegakan dan kita merasa tidak stress bila mengambil B Kompleks..tekanan hidup dan stress yang melampau boleh mengakibatkan pelbagai penyakit datang menghinggap. 

Jom amalkan pengambilan B Complex Shaklee dengan hubungi Ain seperti di bawah


 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Friday, November 28, 2014

SENAMAN YANG DISARANKAN SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN

Bismillah...
Assalamualaikum...


Mengapakah senaman disyorkan semasa hamil?

Senaman menghasilkan pelbagai perkara baik bagi anda semasa mengandung. Ia membantu mempersiapkan anda untuk bersalin dengan memperkukuhkan otot-otot anda, membina ketahanan, serta memudahkan anda kembali semula ke bentuk badan asal sebaik sahaja bayi itu dilahirkan. 

Mengekalkan kehidupan aktif semasa mengandung tidak semestinya bermakna anda bertujuan membakar kalori. Badan anda mengeluarkan hormon bergelar relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi anda sebagai persediaan untuk bersalin, jadi anda perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik senaman. Adalah penting untuk mencari senaman-senaman yang tidak akan mencederakan anda atau membahayakan bayi. 

Senaman apakah yang terbaik bagi saya?

Senaman yang ideal akan mengepam jantung anda, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah, dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin dan kelahiran - tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada anda atau bayi anda. 

Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan tidak merbahaya pada peringkat awal, tetapi anda mungkin perlu mengubah rejim anda apabila anda lebih sarat mengandung. Lebih baik jika anda mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko tergelincir dan terjatuh, seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski, walaupun pernah terjadi di mana orang-orang yang terlibat dalam sukan kompetitif seperti itu, akan terus berlatih walaupun sarat mengandung. 

Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat, rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini. 

Berjalan 
Sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda. Ia adalah selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda. 

Renang 
Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung. Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat akibat kehamilan. 

Kelas senaman air 
Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan. 

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat. 

Yoga dan regangan 
Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa kesan buruk ke atas sendi anda. 

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik. 

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan. 

Pilates 
Pilates adalah satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibilti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi. Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis - dikenali dalam Pilates sebagai "teras stabil" atau asas. Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam. Sebab Pilates mensasarkan perut dan lantai otot pelvik dan sememangnya otot-otot ini boleh menjadi lemah semasa mengandung, senaman Pilates boleh menmanfaatkan. 

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi "tangan dan lutut", dan ini adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung. Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin. 

Senaman angkat berat 
Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada senaman anda, tidak ada sebab untuk anda berhenti, walaupun anda perlu mengelakkan mengguna besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu. 

Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik yang baik, senaman berat badan adalah cara yang baik untuk mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda. 

Elakkan panas badan yang keterlaluan juga keletihan, dan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan. 

Tarian 
Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda. Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba. 

Jika anda menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain. 

Aerobik berimpak rendah dan Fitball 
Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu anda akan bersenaman dengan baik. 

Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi. 





 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
 Hubungi Sofiea
Tel/Sms/Whatsapp: 019-6221006 
Email: princess_odette86@yahoo.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/sofie.saza 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"