Wednesday, July 17, 2013

tampil langsing di hari raya


Raya dah makin dekat..
Baju raya belum beli lagi..
Badan pulak belum slim lagi..
Mane satu nak beli ni??

jangan risau..
Set kurus budget shaklee boleh membantu anda..
set yang berharga kurang RM100..
murah tak??
baju raya dapat beli... kurus pon dapat..
so boleh la bergaya hari raya nanti...

berminat dengan set ini?
pm/sms/whatsapp/wechat : 019-6221006


Monday, June 17, 2013

macam tak percaya kan?? silalah percaya..

mari kurus bersama-sama..
tambahan lagi ramadhan kian hampir..
selepas ramadhan, syawal pula bakal menjelma..

mesti kite nak nampak cantik dengan pakaian baru kan?
snap gambar banyak-banyak..
haruslah nak sorok lemak yang tersembul kiri kanan depan belakang atas bawah badan kite kan?

so... promosi set kurus ekonomi bagi yang bajet rendah ade disediakan...

jangan segan untuk contact saya
SMS/whatsapp : 019-6221006
www.facebook.com/sofie.shaklee
www.saza4ever.blogspot.com



Wednesday, June 12, 2013

Shaklee tawar peluang pendapatan lumayan???


PETALING JAYA 7 Jun - Pengeluar produk kesihatan, penjagaan diri dan rumah, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia) merancang menawarkan lebih peluang perniagaan kepada masyarakat khususnya golongan ibu muda bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.
Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson (gambar) berkata, rancangan tersebut didorong oleh pencapaian cawangan syarikat itu di Malaysia yang telah mencatat prestasi amat menggalakkan sejak mula beroperasi pada 1995.
Katanya, pasaran produk kesihatan menjanjikan potensi yang besar memandangkan tahap kesedaran rakyat negara ini dalam peringkat yang amat memberangsangkan.
"Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini, penyertaan masyarakat khususnya golongan ibu muda dalam perniagaan syarikat semakin menunjukkan peningkatan.
"Kami lihat ramai ibu muda suka melibatkan perniagaan sedemikian kerana ia mudah, dapat bekerja dari rumah dan secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan isi rumah sementara menjaga anak-anak mereka.
"Malah perniagaan ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada mereka tetapi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan jantina.
"Saya berharap Shaklee dapat membantu meningkatkan kehidupan rakyat dengan membuka peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan sedia ada termasuk golongan suri rumah, ibu tunggal dan warga emas," katanya dalam temu bual di sini semalam.
Turut hadir Pengurus Besar Serantau Asia Tenggara Shaklee Malaysia, Victor Lim.
Richardson berkata, dengan inisiatif demikian ia dapat menggalakkan lagi ibu muda supaya lebih menghargai nilai diri dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai perniagaan.
Tambah beliau, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dan mempelajari teknik dan kebolehan berniaga yang bermula dari bawah, seterusnya ke peringkat lebih tinggi dengan pelaburan modal sebanyak RM600 bagi memulakan perniagaan.
Mengulas mengenai kemajuan operasi Shaklee di Malaysia, Victor berkata, sejak penubuhan syarikatnya, pihaknya sudah mempunyai lebih 170,000 ahli termasuk pengedar dan ketua jurujual yang komited dalam penjualan produk.
Dalam perkembangan lain, Richardson berkata, Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013 akan diadakan di Sunway Resorts Hotel & Spa esok bagi memberi pengiktirafan kepada pengedar dan penjual produk Shaklee.

Supplement untuk Ibu Menyusu

Ramadhan bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Ibu risaukan susu badan yang semakin sedikit?

Tak perlu risau lagi selagi adanya Set Menyusu Shaklee..
Kami menyediakan supplement yang mengikut bajet anda..

Sila hubungi saya untuk mendapatkan tawaran harga yang menarik.

SMS/Whatsapp : 019-6221006
www.facebook.com/sofie.SAZA
www.saza4ever.blogspot.com



Saturday, June 8, 2013

Promosi sempena Ramadhan yang bakal menjelma

Masing-masing sudah bersedia untuk bertemu dengan bulan Ramadhan? mari persiapkan diri dan famili dengan set Shaklee yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Meal Shakes dan Performance drink.
InsyaAllah kita mampu mengharungi hari-hari di bulan Ramadhan dengan penuh tenaga dan tiada keletihan.



Monday, September 10, 2012

:: I FEEL AMAZED ::

  • Rase sangat teruja dan bahagia bile hubungan cinta kami disatukan dengan tali pertunangan.

  • Rase sangat teruja dan bahagia bile encik tunang telah berjaya naik pangkat menjadi encik husband secara sah.
 
  • Rase sangat teruja dan bahagia bile pertama kali solat berjemaah bersama encik husband. Waktu ni bukan terasa teruja dan bahagia saje, rase sebak dan sayu plus aman pon ade. Semoga dapat selalu solat berjemaah bersama encik husband.
 
  • Rase teruja dan bahagia bile doktor ucap tahniah bahawasanya saya telah hamil 6 minggu pada suatu ketika dahulu..
 
  •  Rase sangat teruja dan bahagia bile melihat perut semakin memboyot dan merasakan ade seseorang sedang bergerak-gerak di dalam perut.
 
  • Rase sangat teruja dan bahagia serta takut bile hari untuk melahirkan bayi ini semakin dekat.
 
  • Rase sangat happy dan bersyukur kerana encik husband sudi menemani ketika berada dalam labor room. Thank you very much sayang. Abang adalah kekuatan b.
 
  • Rase sangat teruja, bahagia dan sangat2 bersyukur ketika pertama kali terdengar tangisan bayi yang keluar dari perutku sendiri. (sungguh!! bile terdengar je orang2 sekeliling kate baby aku dah keluar, tak berhenti2 mulut ni mengucapkan Alhamdulillah dari detik baby keluar dari perut dan menangis, baby diletakkan di atas dadaku sehinggalah baby diambil semula oleh staf nurse untuk dibersihkan)
 
  • Rase sangat teruja dan bahagia apabila memandang babyku baring di pangkuanku dan hisap susu dari badanku sendiri. Sungguh2 tak percaya!
# Hari ni babyku sudah berusia 26 hari. Rase sekejap je mase bergerak. Rase macam baru je 2 hari lepas melahirkan baby #
 
 
Sekian, terima kasih...



Friday, August 10, 2012

Tandas pon nak beraya jugak

sila lihat tajuk entry ni..
tandas pon nak beraya jugak..
tuan rumah tak beraya pon takpe..
tuan rumah baju raye pon takde tau..
tapi tandas tuan rumah semuanye baru..
takde la semua.. almost 80% jugak la..
pada saat aku menulis entry ni, tandas rumah aku ni tengah direnovatekan.
bunyi bising diorang dok potong2 tiles, sampai bunyik tv pon tak dengar, tu yang membuatkan aku menulis blog ni. sebab dah tak tau nak buat ape. facebook pon dah bosan.
nak tido, memang tak dapek la.. aku sorang2 je dok rumah..
husband and ayah gi keje.. si syila plak g shah alam. 
so agak kurang yakin untuk aku tido di kala ade orang asing dalam rumah.. pintu rumah pon aku bukak luas2.. huhu..

semalam pergi check up kat KKIA sentul ni.
alhamdulillah.. semuanya ok.. tiada masalah..
aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T. sebab sepanjang tempoh aku mengandung ni, tiada masalah2 yang teruk aku alami. morning sickness pon takde la teruk sangat.. setiap kali pergi check up pon tiada masalah. syukur sangat2. syukur alhamdulillah..
and encik husband pon haruslah bersyukur sebab aku takde mintak yang bukan2 dari dia.. haha..
setakat pisang nangka goreng tu, apelah sangat kan encik zahari? hahaha...

aku ade survey2 untuk tempat bersalin nanti. ikutkan hati nak pergi private hospital. sebab banyak je aku tengok komen2 kurang menyenangkan pasal hospital gomen. decision untuk bersalin di mana tak dibuat lagi. tapi kalau baby nak keluar awal (means aku dah sakit waktu masih di kl), maknenya aku terpaksa menyerah diri ke gomen hospital. sebabnye.... private hospital di kl sangat mahal.. and ade private hospital yang taknak terima patient kalau tak buat check up dengan diorang.. eventho HKL sangat2 la dekat dengan rumah aku, sekangkang kera je, tapi aku tak tau kenapa aku tak prefer untuk deliver kat sini.. aku bercadang nak deliver kat hospital selayang.. sebab banyak2 komen aku bace, hospital selayang ni kurang aku dengar yang komen buruk. tapi kalau dah baby nak keluar sangat, takkan nak beranak dalam kereta pulak kan?

tapi kalau baby ni nak keluar ikut due date dia (23hb mengikut klinik private, 25hb mengikut KKIA), that means aku akan sakit di senawang la kan. kalau bersalin kat sane, aku bercadang nak bersalin di hospital bersalin sulkhilmi. dan encik husband pon macam dah setuju. charge deliver kat sini quite cheap. kire boleh afford lagi la. semoga semuanye berjalan dengan lancar dan urusan melahirkan permata kami selamat dan baby kami akan sihat...

Thursday, August 2, 2012

Assalamualaikum w.b.t...

Pertama sekali sila tolong gelakkan diri aku yang terkial-kial cari button/link untuk create new post..
Hahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...

Itulah padahnye kalau dah lame tak menulis blog kan? Kan? Selama ni login untuk jengah blog2 orang lain je. bace cerita orang lain.. cari2 maklumat tentang kehamilan dan sewaktu dengannnye.

FYI (wah macam anta email kat opis plak) sekarang aku dah hamil dan kandungan dah hampir mencecah 37 minggu sudah. due date insyaAllah sekitar 23 Ogos (lepas raya). harapnye sempat la merasa rendang, ketupat, lontong & kuih2 raye. aritu encik hasben siap kena marah dah dengan aku. mane taknye, almost everyday dia cakap baby ni nanti kuar awal. until one morning aku cakap "pls stop! b takut! biarlah dia keluar bile tibe waktunye."

maafkan b, sayang.... i didn't mean it. b tak maksud nak marah abang. b cume rase kurang bersedia lagi time tu. maafkan b ye..

seriusly, lately memang payah aku nak lelapkan mate.. sebelum terlelap tu macam2 aku fikir.. orang sebelah sedap je tido.. sangat menjeleskan... hurmmmm... aku memang dah start berdebar2 since kandungan masuk 7 bulan. kan orang kate bile kandungan dah 7 bulan pon dah boleh bersedia, sebab ade je kes pre-mature baby.. and aku n encik hasben memang dah prepare dah. bile dah masuk 7 bulan, beg baby dah letak dah dalam kereta.. haha..

alah.. bile aku dah start menulis, tapi ade orang kacau, hilang dah la idea aku kan? haha.. sila salahkan encik hasben.. InsyaAllah nextweek aku akan start cuti.. malas dah nak pergi kerja.. dengan kaki pon dah macam kaki gajah dah.. huhu.. so aku nak berehat je.. dan insyaAllah kalau ade kerajinan, aku nak start menulis balik.

daaaa~~

Thursday, February 16, 2012

Wujud Lagi Ke Blog Aku Ni?


sangat lame tak update blog.
selalu login blogger untuk blogwalking je.
takde idea nak menulis plus sangat penat dengan kerja2 di ofis.
sejak HLB merger dengan EBB, memang sangat memeningkan kepala.
selalu gak stay back.
tapi mujur encik husband pun pulang lambat.
sebabnye.....
malas nak terjebak dalam jem.
kalau beliau dah terjebak dalam jem, mesti bile dah sampai rumah dah jadi tak best.
sebabnye lagi.....
mood beliau dah berkurangan.
nanti dah jadik kurang mesra.
<>
bluekkk banyak2.
ni pon nak meng update blog sebab jadik lone ranger kat rumah.
first time duduk berseorangan di rumah tanpa ditemani sesiapa.
sebelum2 ni kalo encik husband pegi outstation, ade adik yang temankan.
ni dia dah balik kedah, so takde la orang yang boleh temankan aku.
emmm. 'bantal peluk' takde malam ni

next,
just nak express my feeling towards my lovely husband.

dear Mr Zahari Affandi,
diam tak diam,
pejam celik pejam celik,
dah lebih 5 bulan abang jadi suami b dan b jadi isteri abang.
sekejap je dah jadi 5 bulan.
rasenye macam baru last week je kite nikah.
tak puas pakai baju kawen.
hahaha.
boleh tak nak merasa pakai baju kawen lagi?
tak baju lain.
nak baju hitam merah tu jugak.
its very suit with both of us.
really love it.

sayang,
b sayang abang.
b rindu abang.
cepat2 pulang esok ye.
and then esok malam b taknak masak.
b nak g makan kat Malis.
kuang3.
abang belanja ok?


ni hutang abang pada b.
b dah jumpe stokin abang lagi sebelah.
so u owe me Malis Char Kuetiow.
ngahahahahahahahahahahahahah




Sunday, October 16, 2011

:: Keroje ::

Pabila


menjadikan aku


dan terasa ingin



AAARRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tapi aku tak sampai hati sebab sekarang manpower kurang..
HHUUURRRMMMMMMMMMMMMMM

untuk menyedapkan hati sendiri

"TAKE IT AS A CHALLENGE SOFIEATUL AIN!"